“Lelaki Nigeria Lebih Penyayang, Lelaki Melayu Semuanya Penipu” Ini Sebabnya Kenapa Vicha Cakap Macam tu….

Saya tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan keduanya, pelakon dan pelawak Vicha mengakui sudah berkahwin sejak tiga tahun lalu dengan jejaka Nigeria dikenali sebagai Johnson.

Kata Vicha, dia merahsiakan perkahwinannya itu kerana trauma dengan kegagalan rumah tangganya yang terdahulu. Malah, dia beranggapan hal rumah tangga bukan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan.

 

“Ketika kami bernikah pada Ogos 2018 ada kawan-kawan yang hadir. Malah kalau ada terserempak dan bertanya pun saya akan mengaku dia suami saya. Tiada niat untuk sorokkan perkahwinan.

Vicha berkata dia sudah mengenali suaminya itu selama tujuh tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menurut Vicha suaminya seorang yang penyayang dan sentiasa memberikan sokongan. Kata Vicha dia pernah mengenali lelaki Melayu namun semuanya penipu dan tidak setia.

“Ketika mula jumpa dulu dia agak sombong dan tidak banyak cakap. Saya yang mula mendekati dia kerana ada ciri-ciri lelaki pilihan yang saya mahukan.

Ini alasan Vicha
“Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu, ada yang kantoi sudah punya pasangan. Belajar dari pengalaman perkahwinan sebelum ini, jika lelaki menipu saya akan tinggalkan terus.

“Dengan Johnson, saya rasa berbeza. Dia berikan saya perhatian dan kasih sayang seorang lelaki yang tidak pernah saya dapat selama ini,” katanya.

Dalam perkahwinan terdahulu, Vicha mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista yang kini berada di Indonesia.

 

Vicha mendedahkan wajah suaminya, dikenali sebagai Johnson di Instagram selepas lebih dua tahun berumah tangga.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman ketika dihubungi berkata, dia membuat ‘perjanjian’ dengan sahabat karibnya, Syura Badron untuk bersama-sama mendedahkan wajah suami mereka jika kedua-duanya sudah bersedia.

“Cuma bagi saya, kanapa perlu kongsi di media sosial? Ada ke orang yang nak ambil tahu? Jadi saya biarkan sahaja,” katanya.

Menurut Vicha, Johnson yang dipanggil ‘Daddy’ oleh rakan-rakannya adalah seorang yang pemalu untuk bergambar di hadapan kamera dan mereka jarang sekali bergambar bersama.

“Sepanjang tujuh tahun kami berkenalan sehinggalah sudah berumah tangga, boleh dikira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang diambil. Dia memang jenis pemalu untuk bergambar.

“Tapi, disebabkan saya bekerja di dalam industri hiburan, mahu atau tidak, dia perlu membiasakan dirinya. Gambar yang saya muat naik ke Instagram itu pun, dia yang pilih,” katanya.

Sejak berita perkahwinannya tular, setiap hari Vicha menerima kiriman mesej daripada netizen yang meluahkan hasrat untuk melihat wajah suaminya.

Sumber : RK / HM

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*