Dapat Penyewa R0hinya .. Dia Suka Pksa Kita0rg Dtg Rumah Dia. Rupanya Ada Sesuatu Yg Dia Nak Tunjuk…

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam.

Terima kasih buat admin kerana siarkan perkongsian saya ni. Sebenarnya, saya terpanggil untuk berkongsi cerita sendiri setelah terbaca satu post Ustaz Hasrizal di blog beliau. Mungkin semua boleh baca lanjut nanti kat sana.

Post tu berkenaan keangkuhan bangsa terpilih.

Bangsa terpilih ni boleh jadi bangsa kita atau apa- apa bangsa yang ada kat dunia ni. Adakah kita dah tergolong dalam golongan bangsa yang angkuh?Jawapannya ada pada kita.

So, berbalik pada cerita saya. Tahun 2015, saya dan suami telah ambil keputusan nak beli satu rumah low cost di satu ibu negeri Malaysia ni. Kononnya waktu tu nak merasa ada rumah sendiri walaupun kewangan keluarga tahap biasa – biasa sahaja. Tak duduk pun tak apa, orang kata biar ada aset.

Kami ni waktu tu menyewa dekat rumah orang lain yang dekat dengan tempat kerja, so rumah yang kami beli tu nak sewakan la pada orang lain.

Bermula la satu pengalaman baru jadi tuan rumah yang noob. Hehe. Waktu beli tu tak adalah study sangat kejiranan dekat situ macam mana, memang area yang hot ke apa kan.

Kami pelik juga kenapa orang Melayu macam tak nak menyewa dekat situ padahal rumah tu ok je, dua tingkat end lot, agak luas, kami pun dah renovate. Pasang tile baru dekat toilet, dapur, buat table top.

Rupa-rupanya taman tu adalah kejiranan yang bercampur dengan orang R0hingya. So bila potential penyewa ni datang tengok, mungkin tak berapa selesa kan.

Dipendekkan cerita, kami pun malas nak pening so kami minta tolong sorang abang R0hingya yang duduk area tu untuk cari penyewa. Biarlah kalau penyewa tu Rohingya pun.

Waktu tu tak ada lagi sentimen tak suka bangsa R0hingya tu. Masa tu zaman kita kesian pada bangsa dorang ni. So tak lama sekejap je dah dapat penyewa. Tak ingat dah nama apa first penyewa tu, sampailah sekarang dah ada tiga penyewa yang sewa rumah tu. Semuanya R0hingya.

Kami ni bukannya jenis suka turun padang pun, asalkan orang bayar sudah. Kalau ada masalah berkaitan dengan rumah rosak ke, minta penyewa tu cari orang baiki nanti kami bayar atau deduct je la dekat duit sewa yang dia kena bayar bulan depan.

Tapi penyewa yang sekarang ni, Arman (bukan nama sebenar) lain sikit. Arman ni umur dalam awal 30, dah kahwin dan dah ada dua anak. Isteri dia muda lagi, awal 20 an. Anak yang sulung dah umur 5 tahun.

Apa yang lainnya Arman ni dia suka paksa kitorang anak beranak pergi rumah dia. “Bila abang mau mari.. Bawak itu kakak sama anak” tu lah dialog dia kalau telefon suami saya. Kami ni bukan rajin sangat nak pergi, dahlah 30km jugak ke sana. Tapi beria sungguh dia.

Lama-lama, disebabkan dia asyik mengajak dan kebetulan ada satu hari tu, suami nak tengok masalah tandas kami pun pergi.

Lagipun setakat ni prestasi dia membayar duit sewa tanpa gagal setiap bulan adalah tidak mengecewakan. Yang dua penyewa sebelum tu pun sama, tak pernah ada masalah bayar sewa.

Pertama kali pergi, saya terus ada persepsi baru pada bangsa Rohingya ni ( disclaimer : spesifik untuk keluarga ni ya).

Pertama, keluarga ni pembersih. Ya, silakan percaya. Elok je rumah kami dorang jaga. Dapur bersih, pinggan mangkuk tersusun elok. Bilik air berkilat, tak berlumut.

Dulu- dulu ada jugak terfikir, ke dia berlakon maklumlah tuan rumah nak datang. Tapi lepas tu, ada juga kami datang terjah, sama jugak.Maksudnya memang family ni jenis pengemas.

Kedua, layanan. Rasanya setakat yang kami pergi, mesti dapat makan nasi. Lauk – lauk sedap kot. Kadang – kadang sampai tujuh jenis. Ikan siakap, kari daging, sambal ikan, buah – buah. Macam – macam.

Kalau tak sempat nak masak, mesti dorang akan minta tolong kawan lain belikan apa-apa untuk jamu jugak. Nak balik, mesti dorang bekalkan jajan ,air gas. Tuan rumah ni pulak yang kadang – kadang sengal. Datang berlenggang tangan kosong. Hehe.

Ya, pengalaman tiap orang berbeza. Cara kita menilai orang pun berbeza mengikut pengalaman kita. Mungkin pengalaman saya tak serupa dengan pengalaman anda di Selayang.

Itulah hidup. Ada sisi positif dan negatif.Ada hitam dan ada putih. Bezanya adakah kita memandang dengan mata hati dan mata akal yang Tuhan dah kurniakan pada kita.

Saya sedih bila terlihat ada antara kita seolah – olah menyokong apa penindasan, penghapusan kaum yang kerajaan Myanmar kenakan pada golongan ni atas dasar “padan muka sebab bangsa ni pengotor, bangsa kaduk naik junjung,elok je hantar balik”.

Setara kah penindasan, pembunuhan beramai-ramai tu dengan anggapan dan sikap golongan yang kita anggap pengotor dan biadap tu?

Arman pernah kongsi gambar yang family dia hantar masa mak dia dan keluarga dia dibunuh di sana masa raya haji. Live. Terkedu kami. Sungguh-sungguh ini tragedi kemanusiaan!

Ya, saya raikan kebimbangan kita semua yang tidak mahu bangsa dan tanah air kita tergadai. Apatah lagi dengan penularan wabak Covid 19 ni. Kita berhak untuk itu sebab ini tanah air kita. Sebab itu Menteri Agama kita kata isu Rohingya ni perlu diselesaikan dengan bijaksana.

Bijaksana kerana kita tidak mahu kita memandang dengan sisi pandang orang beremosi sahaja. Percayalah pada kerajaan yang pastinya akan cari jalan terbaik untuk selesaikan isu ini.

Kita menjunjung orang sebaik Ustaz Ebit Liew, tapi ironinya kita tidak ikut akhlak dan peribadinya yang baik dalam tutur kata.

Kita kata bangsa itu pengotor dan tak suka budayanya. Tapi semuakah begitu? Kalau orang lain boleh terima budaya kita yang makan budu,cencaluk dan tempoyak, cubalah kita terima budaya dia makan pinang walaupun saya pun tak setuju kalau bab ludah merata-rata tu.

Kalau hati tidak mampu untuk suka pada bangsa ini pun, janganlah kita sebar-sebarkan kebencian pada perkara yang kita sendiri tidak selidiki dengan teliti. Apatah lagi pada perkara yang boleh jadi fitnah pada mereka.

Kenanglah bagaimana Rasululullah menyantuni Bilal bin Rabah, arab Badwi yang mungkin pada masa ini bangsa Rohingya pada kita.

Ingatlah Allah tidak mengadili siapa kita, bangsa apakah kita tetapi amalan dan ketaqwaan kita.

Semoga Ramadhan ini jadi bulan untuk kita meningkatkan ketaqwaan diri!Terima kasih..

– Anonymous (Bukan nama sebenar).

Reaksi warganet.

Lily Delielah. Alhamdulillah la puan jumpa yg baik. Tapi sy selalu jumpa yg tak baik. Org ckp mungkin itu ujian utk sy sbb selalu jumpa kaum tu yg tak baik. Xpe. Sy terima. Isu sekarang ni, mereka adalah pelarian. Bangladesh dah buat penempatan utk mereka elok2. Kenapa tak nak duduk sana. Kalau pihak gov Malaysia nak sgt tolong dorg, carikan penempatan utk dorg elok2. Khas utk dorg. Jgn bagi bercampur dgn kami.

Bantu utk survive. Bantu utk hidup bukan di beri suap je. Contoh…carikan pulau khas utk dorg. Limitkan berapa tahun utk bantu dorg. Bantu dgn bagi “Jala” bukan “ikan”. Kalau xde pulau, bekerjasama dgn Bangladesh yg dh siapkan penempatan utk dorg. Kenapa Palestine, Syria NGO bantu mereka dgn cara ke sana & beri bantuan. Kenapa tak bawak balik dorg skali.

Andai kata 1 hari nnt Malaysia berperang, dorg la org pertama yg akn cabut lari dulu. Xde nye nk stay sme2 berperang. Ni musim2 PKP ni, dorg yg sanggup panjat dawai berduri semata2 nak lari dari kene kurung.

Mira Mazlan. Melayu pun ade je pembersih dan pengotor. Setiap bangsa mesti ada baik & jahat.Cumanya masalah sekarang ni, rakyat Malaysia cuma mahukan kawalan yang sistematik untuk warga asing mahupun pelarian yang tinggal di sini.Rasanya normal , manusia akan kaitkan sikap rupa, perangai bila bertelagah. Tu yang jadi penambah perisa sentimen anti pada mereka.

Atlina Abd Wahab. Pengalaman confessor akan jd berbeza kalau tragedi jenayah yg terjadi pd confessor. Contoh… Faham, setiap bangsa ada baik dan buruk. Cuma Rohingya tempatnya bukan disini. Membantu berpada2.

Mh Hahn. memang kita perlu bantu saudara seagama, tetapi dengan menerima semua pelarian masuk ke Malaysia bukan jalan penyelesaian. Ia akan menjejaskan sosio ekonomi, politik, budaya masyarakat setempat. Pengangguran akan makin tinggi, maka tak hairan kadar jenayah pon meningkat. Ibarat kita jumpa mereka yang tak bernasib baik, adakah dengan menjemput mereka tinggal di rumah kita akan menyelesaikan masalah. Better kita selesaikan punca permasalahan dengan menekan Myanmar. Yang pelik sekarang negara yang tak terima pelarian dikecam, sedangkan Myanmar yang menindas seakan dibiarkan.

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*