Wanita Pasrah Suami Kantoi Curang Dengan Adik Sendiri, Suami Pesan Jangan Viral Dekat FB

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan supaya hubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya. Bagaimanapun, kehadiran orang ketiga secara tidak langsung boleh menyebabkan hubungan tersebut menjadi retak dan membawa kepada penceraian.

Suami curang dengan adik ipar sendiri

Seperti kisah meruntun hati dikongsi seorang wanita cekal dari negara seberang di laman TikTok mendakwa suaminya berlaku curang dengan adiknya sendiri. Menerusi video pendek yang dikongsi, dapat dilihat tangan suaminya berada di kepala adiknya dan mereka dipercayai sedang duduk berdua-duan.

Bahagia ya kalian, aku ikhlas Ya Allah.

Pemilik video ini juga sempat menceritakan adik perempuannya dahulu pernah bercinta dengan suaminya namun perhubungan tersebut berakhir dengan perpisahan. Pada mulanya wanita cekal ini menolak untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan berikutan statusnya yang pernah menjadi bekas kekasih kepada adiknya.

Namun, atas persuratan takdir wanita ini dipertemukan jodoh dengan suaminya dan mendapat restu daripada keluarga mentuanya.

Siap update dekat Facebook

Apa yang lebih mengejutkan, apabila adik kepada wanita ini dikenali sebagai Shella sempat memuat naik foto abang iparnya di laman Facebook berserta emoji love.

Papa muda saya ni bos.

Bukan itu sahaja, lelaki ini menerusi WhatsApp juga sempat meminta supaya isterinya tidak berkongsi apa yang terjadi di antara mereka di laman Facebook dan mengadu kepada emaknya.

Dia di sini mohon supaya tak viralkan hubungan mereka. Di mana hati kalian? Ya Allah.

Difahamkan, pasangan ini masih belum bercerai dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut kasihan dengan nasib yang menimpanya. Ujar netizen lagi, lelaki berkenaan tidak layak dijadikan suami dan memberikan nasihat supaya mereka bercerai.

Video penuh:
@rdeafirly pelakor bkn dri cewe yg jauh :’) . tapi aku merasakan skit yg bener” karna di hancurkan oleh adik kandung sendiri #fyp #xyzbca ? suara asli – babySagitarius??
@rdeafirly aku gamau hina adik kandung ku pelakor yg memang bnr rendah bgt . tapi memang mungkin mreka udh saling syg :’) #fyp #xyzbca ? suara asli – babySagitarius??
@rdeafirly Balas @faeyzanaila7 ? Perempuanku – Irwansyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*