Allahukbar! Satu Dunia Bersedih, Adik Rayan Disahkan Meninggal Dunia Oleh Raja Maghribi Mohammmed VI, Ini jalan ceritanya

Sudah pasti seluruh dunia ketika ini mengikut rapat perkembangan misi menyelamat adik Rayan, 5 tahun yang terjatuh perigi di kedalaman 32 meter. Sebelum ini, pasukan menyelamat dilaporkan telah berjaya mencapai adik Rayan dan dalam proses membawanya keluar.

Bagaimanapun, melihat pada kemaskini banyak pihak di Twitter melaporkan adik Rayyan sudah meninggal dunia.

Pemergian Rayan anak syurga disahkan Raja Maghribi

Berdasarkan laporan The Sun, Raja Maghribi, Mohammed VI sendiri telah mengesahkan perkara itu apabila mengucapkan takziah kepada ibu bapa, Rayan yang dikelurkan pihak istana.

Pasukan penyelamat telah melakukan yang terbaik apabila berjaya mengeluarkan Rayan dan segera melakukan pemindahan untuk rawatan segera.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bersorak dan bersyukur apabila melihat pasukan penyelamat membawa keluar Rayan dengan pengusung dan dimasukkan ke dalam ambulans. Kemudian Rayan dipindahkan ke dalam helikopter untuk di bawa ke hospital.

Bagaimanapun, adik Rayan dilaporkan tidak lagi bernyawa dan semua menjadi terdiam. Setakat ini kita belum menerima laporan penuh tentang pemergian Rayan. Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah dan berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah.

Dikhabarkan anak kecil ini telah berada lebih 96 jam berada di kedalaman perigi tersebut. Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat Maghribi.

1) 1 Feb 2022 :Rayan mengikuti bapanya untuk membaiki sebuah perigi berdekatan dengan rumah. Bapanya tidak perasan bahawa anaknya sebenarnya sudah hilang dan akhirnya dilihat Rayan sudah berada didalam perigi kering tersebut.

Bapanya cuba meminta tolong dari kejiranan namun hampa kerana kedalaman perigi serta tiada peralatan yang tepat untuk turun kebawah.

2) Bantuan dari pihak berkuasa diminta dan mereka menghantar pandangan kamera bagi memastikan bahawa Rayan masih lagi bernyawa.

3) Keadaan perigi yang sempit menggagalkan cubaan mereka bagi menghantar seorang rescuer. Keadaan semakin dalam dan semakin sempit ini membuatkan mereka hilang udara dan tekanan juga semakin tinggi.

Bahkan cubaan seorang kanak-kanak yang menawarkan diri untuk turun kebawah pun gagal kerana pengudaraan yang tidak stabil.

4) Bekalan corong udara, minuman, makanan dan lampu dihantar kepada Rayan menggunakan tali (bersamaan sebuah kamera)

5) Misi penyelamatan ini siap melibatkan arkitek bagi mencari idea menyelamat dan akhirnya mereka memilih satu plan (berdasarkan gambar dibawah).

6) Sekurang-kurangnya 5 pengorek tanah digunakan untuk melaksanakan rancangan yang bakal dicuba oleh pihak rescuer. Mereka cuba membuka lubang pintu dari sebelah kedudukan perigi.

Sumber: two.e-kesah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*