“Allah balas jasa abg” – Netizen Terharu Lihat Abang Bomba, Baru Suap Nasi ‘Loceng Dah Berbunyi’

Berkhidmat dalam pasukan unit beruniform seperti polis, askar dan bomba bukanlah satu tugas yang mudah. Setiap masa mereka harus bersedia untuk berhadapan dengan panggilan bantuan dan kecem4san.

Antara contoh terdekat ialah seperti yang dikongsikan oleh abang bomba ini menerusi akaun TikTok @amboi__ .

Menerusi video tersebut, abang bomba ini dilihat sedang merakam dirinya makan nasi lemak di tempat kerja. Walau bagaimanapun, baru dia menyuap kali kedua, loceng kedengaran berbunyi menandakan mereka perlu keluar untuk bertugas.

Namun video itu tidak terhenti di situ saja, abang bomba ini kemudian memuat naik video yang kedua memaparkan dia sedang menjamah makanan di tapak kebak4ran.

Agak sedih juga apabila dia memberitahu bahawa nasi itu masih lagi elok untuk dimakan walaupun sudah ditinggalkan dari jam 9 pagi hingga 1.30 petang.

Tadi sarapan pagi pukul 9 lebih, ni pukul 1.30 petang. Sebabkan tengah azan kita orang rehat sekejap.

Video:

 

“Masih boleh makan lagi. Sedap!” katanya sambil memberi peringatan untuk elakkan pembak4ran terbuka.

Video yang dikongsikan abang bomba ini telah membuatkan rata-rata netizen terharu dengan kegigihannya dalam melakukan tugas meskipun ketika pervt masih kosong.

Salutelah dengan abang ni! Terima kasih sebab selalu bantu rakyat Malaysia.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: sinarviral

Sumber : Lobak Merah

 

Begitu Luas Tugas Seorang Anggota Bomba Sehingga Kadang Tidak Terfikir Langsung Oleh Kita

Kalau kita selama ini rasa kerja kita susah cuba kita lihat bidang tugas anggota BOMBA.

Secara peribadi saya rasa anggota bomba ini sangat multi tasking. Tak perlulah kita lihat tugas hakiki mereka iaitu memadamkan kebakaran. Tugas mereka melangkaui lebih dari itu.


Dari menyelamatkan mangsa kemalangan jalanraya sampai ada kes memotong cincin di kemaluan lelaki pun perlukan bomba. Terperangkap dalam lif panggil bomba, sesat kat hutan panggil bomba.

Akhir-akhir ini bomba turut terlibat dalam proses menyelamatkan haiwan. Anjing masuk parit, BOMBA sanggup bantu keluarkan.

Ular sesat masuk rumah BOMBA tolong alihkan. Kucing masuk kolong, BOMBA juga yang tolong.Buaya salah tempat ‘parking’ tiba-tiba naik ke darat, BOMBA juga tolong tangkap dan relokasi ke tempat baru.

Lembu korban lari menyorok dalam perigi, BOMBA juga tolong keluarkan. Semut api masuk mesin basuh pun dipanggil bomba untuk menyelesaikannya.Inilah tugas mulia seorang anggota BOMBA. Kita tak tahu makan minum mereka masa bertugas mungkin terganggu saat panggilan kecemasan diterima. Mereka sentiasa bersedia kerana kecemasan datang tak kira masa. Sebab itu jangan mempermainkan mereka dengan panggilan palsu.

Terima kasih tuan puan anggota Bomba dan Penyelamat semoga Allah rahmati tuan puan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*