Sepanjang Proses Perceraian Berjalan Aku Dan Suami Tetap Tidur Sebilik Dan Kami Tetap Duduk Serumah, Sekali Aku Mengandung Suami Tak Nak Mengaku Anak Dia

Salam min tolong hide fb aku. aku hanya ingin meluahkan. maaf kalau ayat aku tak trsusun. Pada hujung bulan 12 masuk bulan satu anak sulung aku memulakan persekolahannya untuk kali pertama di prasekolah dan Bermulalah pergaduhan kami suami isteri pergaduhan kami berpunca sebab yuran sekolah anak je pergaduhan itu berpanjangan sampailah melibatkan polis dan ahli keluarga aku meminta cerai di mahkamah.

Kisahnya sepanjang proses perceraian aku dan suami tetap tidur sebilik dan kami tetap duduk serumah kami macam biasa macam suami isteri yang lain macam tiada pergaduhan tiada masalah.

Sampai satu masa Hujung bulan 2 aku ambil keputusan untuk ambil pil perancang aku cvcuk merancang Lepas tu suami tahu dia marah dia tanya kenapa aku ambil perancang tu aku ambil perancang tu sebab aku tahu aku dan dia dalam proses perceraian dan aku tetap ingin terus kan perceraian tu dengan perasaan yang marah dan keegoaan ya g terlalu tinggi.

 

bila mulanya masuk bulan 3 aku mulakan kerja di pusat kuarantin Di Golden house di Seri Kembangan Bermulalah PKP dia nak jumpa anak tapi disebabkan PKP aku tidak benarkan dia jumpa anak sebab bahaya untuk anak-anak aku kerja seperti biasa dekat Golden house tu.

Hari-hari dia call aku tapi dia call aku Waktu 2 3 4 pagi call aku Dia tanya anak sedangkan anak-anak tak ada kat aku Aku kerja aku tak balik Aku duduk di Kat tempat kerja selama beberapa Bulan aku tak balik disebabkan jaga pusat kuarntin tu aku tak nak balik aku takut bahaya untuk anak-anak. hari-hari kami bertekak dalam telefon dan pada satu hari 12 hari bulan 4 2020 pukul 1.53 pgi aku dan suami bertengkar dan sampai aku meminta dia melafazkan cerai dan dia melafazkan cerai dengan talak tiga

selepas ja hari dia Lafazkan cerai tu kami masing-masing buat kehidupan masing-masing dia dengan kehidupan dia aku dengan kehidupan aku. Sepanjang aku bekerja, Aku curi satu masa untuk pergi ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah settelkan segala borang apa semua mahkamah meminta aku untuk serahkan borang tersebut kepada dia sendiri Aku pun Ambillah masa untuk pergi jumpa dia untuk

serahkan borang tu bila aku jumpa untuk serahkan borang dengan cara yang baik tapi dia marah-marah aku dia bertanya Kenapa aku yang serahkan Kenapa bukan mahkamah serahkan sedangkan Masa tu pkp mahkamah yang minta aku yang serahkan sendiri dekat dia bila dia dah ambil borang tu dia sain aku pun balik.

Aku pun Mulakan dengan kehidupan aku macam biasa sampailah pada satu hari tu aku dengan adik aku keluar pergi shopping mall dan saudara aku bertanya Siapa yang mengandung Sekarang ni aku ataupun adik aku sebab adik aku pun tengah mengandung aku tak terfikir langsung apa yang dia cakap tu

 

tapi bila dia orang suruh aku pergi cek aku cuba juga pergi cek Pada petang tu aku pergi ke klinik bayar aku minta scan perut aku bila aku masuk dalam dalam bilik doktor bila doktor scan aku terkejut bila melihat ada bayi dalam perut aku.

Sedangkan aku sendiri tak tahu aku mengandung sebab aku tak tahu aku mengandung aku tak ada rasa apa-apa langsung bila Doktor kata kandungan aku dah pun berusia 23 minggu aku terkaku aku terdiam aku berfikir perancang yg aku amik tu tak menjadi ke fikiran aku terus bercelaru

Apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan kat aku Kenapa baru sekarang aku tahu yang aku mengandung bila doktor Explain kat aku doc kata cucuk perancang yang aku amik tu tak menjadi Doc kata Sebab masa aku cucuk tu aku dah mengandung dulu sedangkan dekat klinik dan dekat rumah aku test upt tu tapi tak ada double line.

Aku ambil masa seminggu untuk buat keputusan bagi tahu pada suami aku aku kuatkan diri jumpa dia dan bagi tahu yang aku mengandung pada mulanya aku main teka-teki dengan dia aku cakap kat dia Terima kasih atas pemberian terakhir yang paling berharga dalam hidup aku Tapi dia dapat tangkap apa yang aku nak sampaikan pada dia

Mungkin sebab dia yang dapat alahan tu pada mulanya dia Terima dia mengaku yang anak Ni anak dia ni dia menangis dia rasa sedih yang aku mengandung Tapi di saat aku mengandung dia tiada disisi.

Selepas beberapa hari aku amik keputusan untuk jumpa teman wanita dia bagi tahu keadaan aku sendiri petang tu aku bagi tahu keadaan aku dengan dia lps tu dia kata tak apa selesaikan masalah aku dengan suami sampai selesai ni tiba waktu malam suami call aku dan kata kenapa aku ser4ng perempuan tu

Sedangkan aku tak serang aku jumpa dengan cara baik cakap baik-baik dan pada malam tu suami terus tak mengaku yang aku mengandung adalah anak dia terus suami tuduh aku bersama dengan lelaki lain.

Sedangkan sepanjang aku dalam proses perceraian aku tak pernah bagi seorang lelaki pun Sentuh tubuh badan aku sebab aku tahu status aku macam mana aku masih tahu lagi hukum dia baik buruknya aku masih tahu lagi

Tapi sebaliknya Kenapa dia tuduh aku macam tu kalau dia tak nak mengaku anak dia dan aku bagitahu dia tak apa lepas ni tak usah lagi ambil tahu hal aku dan anak-anak aku nak beranak ke apa ke aku takkan bagi tahu dia selepas aku melahirkan dia nak buat test DNA

dan aku cakap dengan dia Kalau betul ni anak dia aku akan saman dia dan aku takkan izinkan dia sentuh anak ni dan aku takkan izinkan dia tengok anak-anak dia lagi..

 

Sekarang ni aku cuma keliru aku tak tahu status rumahtangga kami macam mana Sebab kalau ikutkan masa dia Lafazkan aku dah mengandung Aku tak tahu apa sebenarnya perancangan Allah untuk aku dan Apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan pada aku Aku Terpaksa kena tunggu sampai 3 hari bulan 8 nanti untuk tahu keputusan nya.

Kisah kedua lebih mendebarkan,

Dah cer4i tal4k 3, tp masih tinggl sebumbung. Suami nafi ‘bersama’. Tiba2 bks isterinya hamil, ini sebabnya dia masih tinggal dengan bekas isteri

Hi. Nama aku Linda. Terima kasih admin jika confession aku tersiar. Sedikit pengenalan tentang diri. Umur aku pertengahan 30-an. Berpewatakkan menarik, dan berjawatan.

Aku sudah berkahwin dengan seorang duda yang sedikit berusia dari aku. Untuk pengetahuan semua, perkahwinan pertama suami aku dengan bekas isterinya gagal bukan disebabkan aku.

Biar aku memberikan singkatan S kepada suamiku dan X kepada bekas isterinya. S telah bercerrai dengan X selama 2 tahun sebelum aku dan S berkenalan.

Tetapi, mereka menyembunyikan percerraian antara mereka. S pada masa itu juga menyatakan yang dia masih mempunyai isteri yang sah.

Aku hanya berkawan biasa biasa sahaja dengan S pada waktu itu. Kerana aku juga mempunyai ramai kawan lelaki yang lain.

Hubungan aku dengan S menjadi semakin rapat apabila S kerap outstation ke tempat aku. Dalam diam, aku meminati S kerana susuk tubuhnya yang tinggi (kerana aku adalah perempuan yang tinggi).

Selama beberapa bulan berkawan, hubungan kami menjadi semakin akrab. Aku semakin risau memandangkan S ketika itu, masih lagi ‘suami orang’.

S juga seperti tidak mahu kehilangan ku. Kami ‘bercinta dalam diam’ memandangkan status yang masih ‘dipegang’ oleh S.

Suatu hari, aku berkata jujur padanya yang aku tak mahu bermadu. Biarkan aku berundur dari hubungan ini. S menahanku dari berbuat demikian.

Aku memberikan kata dua pada S. Ternyata S memilihku. Tapi aku masih ragu ragu. Akhirnya, S berterus terang tentang status mereka.

S menunjukkan aku surat percerraian mereka. Percerraian yang tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula, melainkan cina buta.

Aku seakan tidak percaya kerana S dan X masih lagi tinggal dirumah yang sama. S menerangkan, itu demi anak anak mereka yang sedang membesar. Aku minta S memberikan aku masa untuk berfikir.

Dalam masa yang sama, S tak henti henti memujukku untuk menerimanya. Aku jadi keliru dengan perasaanku sendiri. Aku tak sanggup bermadu. S sudah mengakui, tapi kenapa aku masih sangsi?

S berjumpa dengan orangtuaku untuk merisik dan menceritakan hal yang sebenar. Aku nampak kesungguhan S disitu.

Dipendekkan cerita, kami pun bernikah di kampungku dan majlis sederhana dijalankan. Selepas bernikah, S berterus terang kepadaku bahawa X tidak mahu S bernikah lain demi menjaga perasaan X dan anak anak mereka. Aku terkedu.

 

Masalah mulai timbul apabila S diuji dengan beban kewangan. Masalah kemuncak, apabila S mula gagal menyediakan wang ringgit bagi tempat tinggal, makan dan pakaiku. Aku bertahan selama 2 tahun dengan menyediakan keperluanku sendiri.

Bila kami bertengkar, S akan kembali ke rumah X. Aku juga mengakui silapku, aku selalu mengungkit bila timbul perbal4han. Aku akan ungkit dari segi duit terutamanya.

S pernah beberapa kali kantoi dengan aku tentang hubungan kelaminnya dengan X. Tapi S menidakkan. Hingga suatu hari, X didapati mengandungkan anak S.

Tapi mereka mengambil keputusan untuk menggvgvrkan kandungan tersebut. Kerana mereka tiada sijil perkahwinan yang sah untuk mendaftarkan kelahiran di kemudian hari.

Sepanjang perkahwinan kami, aku sering dimaki dih1na dengan kata kata kes4t oleh S disebabkan perkara perkara yang kecil.

S menyatakan aku menyalahkannya, sedangkan aku hanya menjelaskan, tapi aku terus digelar b**i, sial, anak h4r4m dan sewaktu dengannya oleh S.

Aku juga pernah dipukvl beberapa kali disebabkan perbal4han. Aku akui silapku yang seringkali ‘provok’ S bila aku inginkan kepastian.

Aku pernah meminta S untuk melepaskanku kerana aku rasa perkahwinan ini t0xic. Ada masa kami gembira, ada ketika aku berduk4.

Aku perasan, setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan, aku dan S akan berg4duh dan semestinya S akan kembali ke X dan anak anak mereka.

Aku rasa sed1h bila berhari hari S tidak disisiku. Langsung tiada pertanyaan khabar dari S tentang diriku seakan aku tidak wujud baginya.

Bila aku ajukan pertanyaan tentang itu, S hanya jawab; “dah berg4duh, apa guna bertanya khabar?”

Sepertinya, S sengaja mencari jalan untuk kami berb4lah agar S dapat bersama X dan anak anak mereka.

Aku juga dif1tn4h oleh X. Bahawa aku adalah per4mp4s suaminya. Aku dimalvk4n dimedia social nya sedangkan yang sebenarnya mereka telah pun lama bercerrai sebelum kehadiran aku.

Bila aku minta simpati suamiku, S memarahiku kembali dengan mengatakan aku sengaja cari pasal mengintai media social X.

S juga seringkali mengadu dan menceritakan perihal burvkku kepada X. Untuk apa, aku tak pasti.

Aku ada bertanya tanya orang lain tentang X, mereka hanya memuji muji X dengan kebaikkan dan kewarakkannya. Sedikit sebanyak, aku berasa kecewa.

S yang aku kenali dahulu terutamanya sebelum kami berkahwin, adalah seseorang yang sangat aku sayangi.

S pandai ambil hati aku, romantik, dan membuat lawak. S juga terlalu ambil berat pasal diriku. Hari hari mengucapkan kalimat cintanya padaku. Membuatkan aku semakin sayang padanya.

Tapi segalanya berubah sedikit demi sedikit selepas kami berkahwin. Pastinya, aku sed1h bila teringat kembali diri S diwaktu yang dulu.

Bila keseorangan, aku rasa sunyi. Aku inginkan zuriatku sendiri agar aku tidak kesunyian bila S tiada disisi. Tapi, Allah lebih mengetahui.

Aku pernah berdoa agar Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian bagi masalahku ini. Tapi aku masih lagi buntu untuk tindakkan ku yang seterusnya.

Aku pernah menyesal kerana tergesa gesa untuk berkahwin. Dan aku juga tak mahu menyesal kerana tergesa gesa untuk menuntut percerraian dari suamiku.

 

Adakah aku menyesal menikahi S? Sejujurnya, tidak. Kerana aku juga mencintai S.

Yang aku sesali, aku memberikan ruang untuk S kembali ke X atas sikapku sendiri. Aku akui, terdapat banyak kesilapanku sebagai seorang isteri kepada suamiku S.

Aku ingin menebus silapku pada S. Tapi aku tak tau bagaimana, kerana X akan sentiasa ada dihati S. Aku ingin S mencerraikanku secara baik, tapi S enggan dan tidak menyatakan sebabnya.

Aku buntu. Aku mohon para pembaca yang budiman dapat memberikan aku nasihat dan pandangan disebalik kec4man.

Jika ada keperluan, aku akan sambung lagi confession ini. Terima kasih dan assalammualaikum.

Reaksi warganet

Wan Salina Wan Mamat –

Dia jadikan awak cina buta kot. Yelah dah talak 3, tak sanggup bekas isteri kawin lain, dia kawin lain. Cina buta jugak la tu kot bagi dia, haha.

Apa benda la pelik pelik sangat ni. Dia yang cerrai talak 3 dia pulak g1la lagi dekat janda sendiri alahai. Penat lah nak fikir masalah orang.

Nurul Nadia –

Bila baca dah bercerrai and still lagi tinggal dengan ex wife, girl u r making a big mistake. Dari situ kita tau dah dia lelaki macam mana.

Yang saya kagum awak boleh tak report mahkamah yang diorang dah bercerrai tapi hidup macam laki bini lagi. Plus siap ex wife dia pregnant lagi.

Im not in ur shoes, so i tak boleh nak cakap banyak tapi u sendiri pun cakap this is a t0xic relationship. Dari awak hidup makan dalam, better u free ur selves.

Julaiha Shazmira –

Puan, tak perlu terfikir untuk ada zuriat bersama suami. Suami jelasnya bukan orang yang bertanggungjawab dan tak mampu untuk menjadi contoh teladan yang baik sebagai suami dan ayah dalam perkahwinan terdahulu, dan sebagai suami puan, apatah lagi untuk tambah anak lagi.

Langkah pertama, report dahulu pada pejabat agama semasa dia ada disana. Sekurangnya puan tak lagi bersubahat sama.

Dayang Senandung –

Lebih baik berpisah. Terangan suami jahil bab agama. Buat apa nak seksa hati dan perasan sedang kan awak lebih berhak dari X.

Berpisah sahaja dengan lelaki begini. Lepas berpisah buat aduan di pejabat agama tentang hubungan terlarang bekas suami dengan bekas isteri. Biar mereka celik hukvm agama. Kalau awk tak buat aduan, subahat pulak. Sayang tu tapi salah tapi jangan bdoh..

Nur Sumayyah –

 

Ermm, lelaki yang dah berumur bersekeduduk4n dengan bekas isteri dan menggvgvrkn anak yang ko pilih untuk stay lagi sebagai suami ko. Dan ko ada hati pulak nak zuriat dengan dia.

Percaya la, dia tak punya hati pun dengan ko. Dia lebih sayangkn ex wife dan anak anak dia. Ko hnya pelepas nfsu yang ‘halal’ untuk dia.

Kalau dia takde ko pun dia tetap boleh lepaskan nfsu dia dengan ex wife dia. Untuk apa ko tunggu dalam perkahwinan yang t0xic ni. Ko sendiri yang jerat diri ko. Ko yang pilih jalan derita.

Suami tu boleh ke bimbing ko dan bakal anak anak ko nannti kalau dia sendiri pun jalan ibarat ketam. Tepuk dada tanya iman. Ko punya pilihan samada nak hidup tenang, bahagia atau pun derita..

Sya Adudu –

Maaf jika apa yang dijelaskan ini mengguris hati tt. Bertaubat banyak banyak sis muhasabah diri. Sis dah melakukan dosa besaq kerana bersuhabat dengan suami yang dah terang dan jelas malakukan d0sa ziina dan maksiiat.

Sepatutnya sis bertegas dari awal bukannya biarkan ianya terlalu jauh sangat tersasarnya dari landasan agama.

Syukur Allah sayangkn sis kerana tak memiliki zuriat. Secara peribadi sis pergi buat aduan di pejabat agama berkenaan masalah rumahtanggan sis dan ziina yang suami sis lakukan demi kebaikkan semua.

Biar mata orang sis nampak seperti kej4m tapi hakikatnya dah melakukan perkara yang Allah restu dan redha. Jangan pernah takut berbuat kebaikkan tapi takutla pada azab dan siksaan Allah.

Fauziah Bakhtiar –

Ko minta pendapat kan? bercerrai jelah dengan suami kau tu. Kau nak tahu tak apa aku rasa? aku rasa dia pergunakan kau aje.

Kau takde makna dalam hidup dia. Kau tu macam tempat dia lepaskan beban dia. Aduhai malangnya ko dapat kahwin dengan dia. Dah lah kena sembunyi, kena f1tn4h, kena pukul lagi, habistu tak disayang.

Makan pakai pun ko kena cari sendiri ko tak nampak ke maksud dari semua tu?. So sad lah kau ni. Carilah kekuatan kau sendiri, keluar dari perkahwinan yang menguntung laki kau tu saja.

Semua keburvkan dia berikan pada kau. Kau sanggup ke ada anak dengan lelaki yang tak menghargai kau?. Kalau kau pun dia tak hargai, apatah lagi anak kau nanti.

Percayalah, lelaki tak kisah lah biarpun anak dia dengan kau 10 kalau dia tak sayang kau baik kau blah jelah. Tengok janda dia dah cerrai talak 3 pun dia masih sayang tau. Kau apa ada?

Sumber – Lindaaaaa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*