“Pakaian Ckgu kita skrg ketat sendat mcm model” – Netizen Setuju Ustzh Asma Tegur Cikgu Sekolah

Guru merupakan insan yang penting dalam dunia pendidikan dan dipandang sebagai role model bagi para pelajar di sekolah.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun, kepentingan dalam menjaga penampilan di hadapan para pelajar juga merupakan perkara yang dipandang serius agar tidak keterlaluan terutamanya guru wanita.

Ujarnya lagi, cara pemakaian bukan sahaja dipandang sebagai tidak ‘elok’..

Malah ia boleh membuatkan para pelajar kurang fokus dari awal hingga habis sesi pembelajaran kerana terganggu melihat ‘perkara’ yang tidak sepatutnya..

“Pkaian guru perempuan kita hari ini macam model dengan pakai ketat, sendat, tudung pun sama.

Tudung singkat nampak jelas bahagian dadanya.

Kalau berjalan tu nampak pula bentuk pinggul punggungnya dengan bersolek sakannya.

Lepas tu kan saya beri ceramah pada anak-anak murid, saya baca komen-komen nakal pelajar lelaki.

Sekiranya pergi ceramah di sekolah menengah, anak murid mengatakan yang mereka terganggu.

Cikgu yang mengajar itu pula berpakaian menjolok mata.”

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menyatakan para guru perlu patuh dalam etika pemakaian yang mematuhi syariah Islam yang ditetapkan.

“Saya tak tahu bagaimana proses pendidikan itu dan saya rasa perlu ada Guru Besar, Cikgu yang bertegas dengan etika pemakaian guru.

Kadang-kadang ustazah pun seksi juga.

Minta maaf ya untuk para guru tapi etika pemakaian di sekolah perlu patuh syariah.”

Tonton Video:

Tonton Video Penuh di Ustazah Asma’ Harun

Namun, Melihatkan kesungguhan dan pengorbanan yang dilakukan oleh cikgu-cikgu, Dr Abdul Ghani berkongsi 21 sifat yang perlu ada dalam diri mereka bagi memantapkan lagi kemahiran dan kepakaran masing-masing.

Berikut perkongsian beliau.
1) Guru memiliki ilmu tentang mata pelajaran atau perkara yang diajar. Ini bermakna seseorang guru itu perlu mengetahui fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan perkara atau mata pelajaran yang diajar.

2) Guru aktif sebagai ahli profesional keguruan, membaca jurnal, berbincang dengan rakan sekerja, sentiasa mempertingkatkan kemahiran di dalam metadologi dan pengetahuan tentang murid dan isi kandungan mata pelajaran yang diajar.

3) Guru memahami proses pembelajaran. Sebagai guru, murid akan dipastikan faham tentang mata pelajaran yang diajar, harapan guru terhadap murid dan prosedur bilik darjah. Murid juga akan terbabit secara aktif dengan aktiviti pembelajaran dan guru memastikan murid dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian kefahaman.

4) Guru berperanan sebagai ‘broker pendidikan’, mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat tentang perkara yang diajar dan mengetahui sumber-sumber maklumat yang terbaik tentang mata pelajaran tersebut.

5) Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi role model atau ikutan murid.

6) Guru mesti sanggup untuk berubah dan menerima segala perubahan.

7) Guru mesti berlaku adil dan saksama terhadap muridnya tanpa mengambil kira soal jantina, bangsa, agama, kewargenegaraan, status sosial dan perkara-perkara lain.

8) Guru mesti melakukan persediaan untuk mengajar sama ada menulis persediaan mengajar atau menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pembelajaran.

9) Guru mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.

10) Guru berperanan sebagai pembuat keputusan yang berkesan.

11) Guru sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para muridnya.

12) Guru mesti optimis terhadap pembelajaran setiap murid dan menyediakan persekitaran yang positif dan membina bagi aktiviti-aktiviti pembelajaran.

13) Guru mesti yakin dengan kebolehan setiap seorang murid.

14) Guru mempunyai kemahiran untuk melakukan tugas-tugas penilaian terhadap pembelajaran murid.

15) Guru mempunyai kemahiran untuk bekerjasama dengan ibu bapa, rakan setugas, pihak pentadbir dan staf-staf lain di samping sentiasa mengamalkan etika profesioalisme perguruan.

16) Guru sentiasa menunjukkan minat yang berterusan terhadap tanggungjawab profesionalisme perguruan.

17) Guru menunjukkan minat yang meluas terhadap sebarang aktiviti yang ada kaitan dengan proses pembelajaran.

18) Guru juga mesti pandai berjenaka tetapi tidak berlebihan supaya tidak menjatuhkan kewibawaan sebagai seorang guru.

19) Guru mesti mahir mengenal pasti murid yang memerlukan perhatian khusus dalam pembelajaran.

20) Guru mesti menunjukkan kepada murid bagaimana mata pelajaran yang dipelajari boleh digunakan di dalam aspek kehidupan seharian.

21) Guru mesti seorang yang boleh dipercayai.

Kredit: gpsbestari.sinarharian / belumbalik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*