Nia Ramadhani Menangis Dijatuhkan Hukuman Penjara Setahun

Kes salah laku dadah yang melibatkan selebriti Nia Ramadhani bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandu peribadi mereka ‘berakhir’ dengan hukuman masuk penjara.

Nia dan suaminya serta pemandu, Zen Vivanto dilaporkan dijatuhkan hukuman penjara setahun. Hukuman tersebut diputuskan oleh majelis hakim yang diketuai Hakim Ketua Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat, hari ini.
“Hukuman yang patut dijatuhkan kepada para terdakwa adalah hukuman penjara kerana terdakwa Zen Vivanto, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie telah terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan,” kata Muhammad Damis seperti dilaporkan Kompas.

Sebaik mendengar keputusan hukuman yang dijatuhkan kepadanya, Nia dilihat menundukkan kepala dan menitiskan air mata. Ardi pula didakwa melihat keadaan isterinya yang menangis.
Selain Nia, ada ahli keluarga dan sahabat termasuk pengurus pelakon tersebut menangis dengan keputusan penjara setahun yang dikenakan kepada mereka bertiga.

Jika mengikut kesalahan, mereka berdepan penjara sehingga empat tahun.
Sebelumnya, mereka bertiga diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di RSKO Cibubur selama 12 bulan.
Mereka bagaimanapun hanya sempat menjalani pemulihan selama lima bulan di pusat pemulihan Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat.
Terdahulu pemandu peribadi pasangan tersebut telah ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis sabu seberat 0.78 gram pada pertengahan tahun 2021.

Penangkapan tersebut membawa polis kemudian menahan Nia bersama sebuah alat menghisap sabu sebelum suaminya datang menyerah diri di balai polis pada hari sama.
Foto: Kompas

Kredit: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*