“Makan je la, kemudian move on” – Dik3c4m dukung wanita bertudung, Ini respon Zul Ariffin buat ramai tak senang duduk

DIKECAM kerana tidak sensitif apabila dilihat begitu terbuka beraksi mendukung wanita, pelakon Zul Ariffin memberitahu ia hanya lakonan bagi mempromosikan produk.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, k.ritikan dan kec.aman yang diterima bukan isu besar yang perlu dirisaukan.

“Tak rancang pun semua tu. Apabila sesi penggambaran, saya hanya buat kerja saya.

“Apabila ia menjadi viral saya diamkan sahaja.

Zul Ariffin bersama pengasas produk bengkung, Sasha Abdul Aziz dan Farah Abdul Aziz pada majlis pelancarannya di Shah Alam.

“Kri.tikan bagaikan sarapan pagi buat saya, makan je la, kemudian move on,” ujar Zul Ariffin kepada mStar.

Zul ditemui ketika majlis makan malam dan memperkenalkan pelakon Sangkar itu sebagai duta produk bengkung jenama Superwoman yang diadakan di Shah Alam pada Jumaat.

Saya tak boleh nak kawal semua itu, apa yang penting hanya buat kerja saya.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Pada 4 Januari lalu, aksi mesra dan romantik Zul yang mendukung wanita bertudung dalam sebuah video iklan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Rata-rata menyifatkan perbuatan berkenaan kurang manis untuk tontonan umum di media sosial.

Selain itu, iklan tersebut juga dianggap tidak sesuai dengan standard aktor berkenaan sebagai pelakon yang mempunyai kelas tersendiri.

Zul menerima kritikan kerana aksinya dalam iklan berkenaan yang dianggap tidak manis.

Bagaimanapun Pelakon Terbaik Filem, Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) ini berkata, dia cukup faham dengan permainan dunia hiburan.

Sebagai pelakon dia hanya menjalankan tanggungjawab untuk menghiburkan penonton menerusi karya-karya berkualiti.

“Ini adalah show business dan orang akan beri perhatian lebih. Semua orang nak tahu apa berlaku.

“Saya tak boleh nak kawal semua itu. Apa yang penting hanya buat kerja saya,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*