Ibu Dah Pergi Buat Selamanya, Sekarang Ayah Uruskan Sampai Ayah Salah Beli Saiz Baju Sekolah

Tindakan seorang pelajar memakai baju kemeja sekolah sehingga paras lutut mengundang reaksi pelbagai pihak selepas video mengenai­nya tular Ahad lalu.

Menerusi video di aplikasi TikTok itu, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar, Lepai, Farrah Norashikin Juhari dilihat membetulkan kemeja besar yang dipakai anak muridnya dikenali Jebat.

Menurut Farah Norashikin, tindakan pelajarnya memakai pakaian seragam bersaiz besar itu berikutan bapa kanak-kanak tersebut tersilap membeli saiz baju untuk anaknya.

“Selepas menyedari keadaan itu, saya bawa Jebat ke tandas untuk betulkan kemeja putihnya itu dan tengok bajunya itu bersaiz XL.

“Dia kemudian beritahu telah tersalah pakai baju abangnya tetapi sebenarnya ayahnya tersalah beli baju bersaiz besar.

“Jebat juga ada abang di tahun dua dan kakak di tingkatan empat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Norashikin, Jebat bersama dua beradiknya kini tinggal bersama nenek mereka di Kampung Teluk berikutan bapa mereka bekerja sebagai pemandu lori.

Nenek kanak-kanak itu yang dikenali Roziah memberitahu, dia tidak sempat membetulkan baju Jebat mengikut saiz badan cucunya.

“Ayah mereka beli baju seorang dua pasang, bila bawa balik rumah tengok tidak muat jadi pergi semula ke kedai dan tukar. Tetapi terbeli pula saiz besar dan minta saya kecilkan tetapi tidak sempat,” ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Haji Abu Bakar, Wan Zainah Wan Nawawi berkata, pihaknya akan membelikan pakaian seragam sekolah yang baharu buat Jebat pada Jumaat ini.

Perkongsian video seorang guru dikenali sebagai Cikgu Farrah di laman TikTok, mencur1 perhatian ramai yang menceritakan kisah sedih pelajarnya. Walaupun diuji sebegitu pelajar ini masih cekal

untuk men1mba ilmu dan datang ke sekolah seperti biasa.

Menerusi video yang dikongsi dapat dilihat seorang pelajar lelaki yang memakai kemeja sekolah berwarna putih namun, saiz baju tersebut dilihat begitu besar dan tidak dimasukkan secara kemas

di dalam seluar. Terserempak dengan pelajar tersebut, Cikgu Farrah bertindak mengajak pelajar berkenaan ke tandas dan membantunya memasukkan baju ke dalam seluar.

Macam biasalah cikgu akan mer0nda tengok, tiba-tiba nampak eh lain macam ja baju dia. Terus ajak p tandas dan betulkan. Apa yang lebih mervntun hati, ibu kepada pelajar ini baru sahaja pergi

buat selamanya bulan November tahun lalu, dek CvdI9. Tok yang urus dengan ayah serta kakak.

Terima kasih atas doa semua buat anak ini. Ibu dia pergi buat selamanya sebab cvd beberapa bulan lepas. Tak sanggup saya tengok tanpa perasaan. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah

meraih lebih 1.4 juta tontonan dan pelbagai respon daripada wargamaya. Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut seb4k dengan kisah yang dikongsi dan ada yang bermurah hati

untuk memberikan sumbangan kepada pelajar tersebut.

Mengalir air mata tengok


Pelajar Dibenarkan Hadir Ke Sekolah Tanpa Pakaian Seragam.
PUTRAJAYA: Pelajar dibenarkan untuk tidak memakai pakaian seragam jika pakaian sedia ada sudah tidak lagi muat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, namun, murid perlu memakai pakaian yang sopan, kemas dan sesuai untuk ke sekolah.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan semua murid hadir ke sekolah sesuai semangat membawa kembali pelajar ke sekolah.Beliau berkata selain itu, setakat ini, aktiviti sukan dan kokurikulum belum dibenarkan, namun untuk aktiviti Pendidikan Kesihatan dan Jasmani (PJK), murid disaran untuk memakai pakaian sukan di rumah.

“Sementara itu, bagi waktu rehat, murid akan dibenarkan makan di dalam kelas, namun bagi kelas yang ada penghawa dingin, mereka perlu makan di luar dengan pengawasan guru,” katanya.

Menyentuh mengenai isu ketidakhadiran ke sekolah, ibu bapa dan penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dan ketidakhadiran mereka tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

Bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu menulis surat penjelasan mengenai ketidakhadiran itu sebagai rekod dan perkara itu akan digunapakai hingga penghujung sesi persekolahan tahun ini.

“Sementara itu, bagi murid yang didapati mempunyai gejala ketika di sekolah, mereka akan menjalani ujian air liur dan diasingkan terlebih dahulu bagi mengelak penularan.

“Bagi yang didapati bergejala, seeloknya jangan hadir ke sekolah,” katanya.

Bagi sekolah berasrama penuh, katanya, pelajar akan menjalani tiga kali ujian saringan COVID-19 dalam usaha mewujudkan sekolah berasrama sebagai gelembung selamat.

Katanya, sebelum pelajar kembali ke asrama, mereka perlu menjalani ujian saliva pertama COVID-19, kemudian pada hari keenam, ujian kedua dan seterusnya hari ke 14 untuk ujian saringan ketiga.

“Menerusi pendekatan ini, sekolah berasrama akan menjadi gelembung selamat kepada anak-anak untuk terus berada di sekolah.

“Dalam masa yang sama, pengudaraan juga perlu dipastikan berada pada tahap optimum,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa yang sama guru, kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan turut ditekankan supaya mendapat vaksinasi sepenuhnya sebelum memulakan perkhidmatan.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengeluarkan arahan khususnya dalam konteks kebersihan dan keselamatan untuk memastikan semua kakitangan terbabit sudah divaksin.
“Seperti dinyatakan sebelum ini, mana-mana guru yang belum divaksin juga tidak dibenarkan mengajar di sekolah kerana kita ingin memastikan keseluruhan ekosistem yang selamat.“Selain itu, KPM juga sudah mendapatkan senarai pengusaha pemandu bas sekolah yang sudah divaksin, namun mungkin ada keciciran dan berharap ibu bapa dapat membuat pilihan yang sewajarnya,” katanya.

Sumber: erakini.bbn.my
Kredit : printlyrics

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*