[Video} “Bercinta Selepas Kahwin Itu Indah…” Pengantin perempuan tersipu malu nak bergambar dengan suami

Setiap hubungan yang sudah halal pasti akan ada kemanisannya. Lebih-lebih lagi jika sembelum bernikah masing-masing menjaga ikhtilat dan tidak terlalu mengikuti kata hati yang sedang dibuai rasa cinta.
Sudah tentu perasaan malu-malu ketika kali pertama bersentuhan menjadi perkara yang sangat gugup dan mendebarkan walaupun dengan pasangan kita sendiri.

Cuit-cuit isteri suruh rapat sikit
Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @irdinakhairri apabila memuat naik momen kakaknya yang malu-malu untuk bergambar dengan suami setelah sah bergelar isteri.

Menerusi video yang dimuat naik, pengantin perempuan seakan tldak selesa untuk bergambar secara dekat dengan suami walaupun abang ipar kepada pengguna Tlktok berkenaan sudah cuba menarik tangan isterinya.

Situasi lucu itu telah mendapat lebih dari sejuta tontonan hanya dalam masa 3 jam sahaja selepas dimuat naik.

Bercinta lepas kahwin la ni
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berasa lucu dengan situasi itu kerana muka pengantin lelaki cukup ‘reda’ apabila isterinya masih lagi malu-malu.

Walau bagaimanapun, mereka juga mendoakan agar pengantin baru ini terus bahagia hingga ke syurga dan memperolehi zuriat yang soleh serta solehah di masa hadapan.

Suami pun suka usik


Comel je malu2 kucing

Tk biasa bersentuhan memang malu2

Video

Sumber : omm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Kredit:trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*