‘Siapa kata jaga anak saya waktu itu bkan tanggungjawab dia (security)?’ – lbu tampil beri penjeIasan & anggap netizen memfitnah mereka Meninggalkan Anak

‘Siapa kata jaga anak saya waktu itu bkan tanggungjawab dia (security)?’ – lbu tampil beri penjeIasan & anggap netizen memfitnah mereka

Susulan tular kes pasangan suami isteri memaki hamun pengawal keselamatan bangunan kediaman yang didakwa tidak menjaga anak perempuan mereka berusia tiga tahun, ramai netizen tampil menyelar tindakan pasangan berkenaan yang dianggap tidak memahami tugas sebenar pengawal keselamatan.

Wanita dalam video tular tersebut yang dikenali sebagai Mas Amira, tampil memberi penjelasan melalui akaun Twitternya semalam dan menegaskan mereka telah difitnah sehingga dikecam teruk di media sosial.

KESELAMATAN negara, kita cari tentera. Keselamatan rakyat, kita cari polis. Keselamatan penduduk, kita cari security (pengawal keselamatan) laaa. Penduduk tahu, bukan bangunan (saja yang) dia (pengawal keselamatan) kena jaga, dia jaga aset (harta) penduduk. Dah anak itu bukan ‘aset’ kami juga ke? Tak lama pun (suruh jaga), tak sampai 15 minit.

Mana sifat tanggungjawab manusia bekerja sebagai pengawal keselamatan? Mana hati perut orang Malaysia, budak tiga tahun ditinggalkan seorang diri. Boleh cakap kamera rakaman litar tertutup (CCTV) kan ada, tetapi kalau terjadinya kes penculikkan, CCTV boleh kejar ke? Budak tiga tahun tahu? Kalau jadi (perkara buruk), tetap company security dipersalahkan. Betul?

So siapa kata jaga anak saya waktu itu bukan tanggungjawab dia? Mana ada dalam kerja keselamatan tulis dekat situ kena jaga anak? Tetapi kecemasan, apabila berlakunya kecemasan. Sebab itu saya suruh awak faham, bukan saya letak anak saya untuk dia jaga. Kalau saya letak anak saya untuk dia jaga, setiap hari saya letak anak saya (di situ) suruh dia jaga.

KECEMASAN

Sebab itu saya kata tadi, takdir Allah lah nak bagi semua ini terjadi. Dah jadi viral kena buktikanlah. Benda semua ada, akta pembayaran strata terpampang dalam lift item nombor 3 untuk membayar keselamatan. So why we don’t deserve it?

And infact, we are the clients. Residents is their clients, they work for us and etika kerja sepatutnya macam mana ya apabila client marah? Dia perlu menenangkan kami dengan berkata, Sabar encik, sabar. Kami minta maaf, sabar encik, sabar. Benda boleh bincang”. Sepatutnyalah. Tetapi sebaliknya kami yang kena maki?

CUSTOMERS ALWAYS RIGHT

Banteras jenayah kan? Haa ini jenayah terang-terang saya tunjuk.. mereka pau.. security ni gangsterism, sebab itu mereka gagal jalankan tanggungjawab menjaga keselamatan penduduk.

Sejak perkara ini viral, kami tahu apa yang kami buat. Alhamdulillah kalau jadi pada batang hidung korang dengan anak korang berusia tiga tahun, Allahuakbar.

Rumah anda, tanggungjawab anda? Jelaskan yang ini. Item nombor tiga, apabila kami bayar yuran penyelenggaraan. Kementerian Dalam Negeri Putrajaya, sila ambil maklum mengenai isu ini. Saya akan buat aduan.

Sebab itu jangan tuduh melulu. Saya pun bukan orang bodoh kerana ini saya kata kecemasan. Datang sini, tengok jalan, tengok tempat. Orang hon-hon bising di waktu pagi. Kita pun nak bantu jangan bagi bising. Tolonglah ubah mentality, fitnah semua ni.

By the way, kenapa Skyawani post report ini tunjuk gambar CCTV kejadian gaduh sahaja? Tunjukkanlah sekali masa saya letak anak sebelum perkara kecoh terjadi. Jangan timbulkan fitnah, dunia akhir zaman orang fitnah depan-depan, terang-terang.

Sebab itu saya cakap jangan fitnah. Video itu diambil pun dah selepas beberapa lama bertekak security itu yang buat provokasi dulu. Saya angkat phone nak rekod apa yang dia cakap pada kami, dia pun terus bawa keluar phone dia untuk rekod. Gila sangat ke kitorang nak marah tanpa sebab?

Tak mengapa, saya anggap semua tak tahu (cerita sebenar) walaupun ia sudah menimbulkan fitnah. Saya pun takkan sebodoh itu nak meninggalkan anak saya yang baru sahaja dikeluarkan dari hospital. Anak saya sakit, bayangkanlah saya terpaksa tinggalkan juga anak saya yang dia jatuh pun tak boleh.

Rakyat Malaysia kena sedar akan hak dan tanggungjawab masing-masing, tugas masing-masing. Ubah mentaliti, kena tahu benda ini, minta tengok pada tugas utama atau hakiki item C dan F.

Apabila netizen komen tetapi tak tahu cerita sebenar, menampakkan kebodohan dan mentaliti orang Malaysia kita di paras mana. Ingat, dunia nak akhir zaman, jangan fitnah. Suami saya pun dah minta maaf dekat orang tu walaupun dia ada salah, tetapi dia tak senyum tak apa. Allahuakbar.

Hari ini saya baru tahu hal ini telah diviralkan. Patutlah bila kita minta maaf, muka dia tak menampakkan ciri hati tenang. InsyaAllah ada sebab semua ini terjadi. Allahuakbar.

Skyawani perlu provide video CCTV untuk membuktikan dari awal saya letak anak saya. Jangan buat report gambar letak masa kejadian saja. Kan dah menimbulkan fitnah tu. Saya tak pernah cakap dengan orang kasar-kasar ye. Saya sangat menghormati orang di sekeliling saya walaupun tukang cuci. Janganlah fitnah.

Para netizen, saya sayang semua. Sudahlah, jangan tohmah lagi, jangan tambah dosa diri sendiri sebab fitnah saya. Ya Allah, kuatkanlah aku, sangat tertekannya aku sekarang ini. Ya Allah, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.. Demi anak aku, Nur Adra Humaira, mommy akan jadi ibu hebat.

Netizen tolong jadi manusia bijak, buka hati, buka mata. Jangan buta hati, buta mata. Anak bawah dari umur kewarasan, dia memang bawah tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya apabila ibu bapa berada dengannya. Tetapi apabila kedua ibubapanya tiada, ia tanggungjawab bersama.

Sumber: Twitter Mas Amira via the reporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*