“Salahkah Orang Berbadan Besar Dijodohkan Dengan Lelaki Yang Berbadan Kurus” – Beby Tora

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.

Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas.

Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala.

Kira-kira lima bulan membina mahligai dengan insan pilihan, Beby Tora Tora atau nama sebenar Atierah Zulfatie meluahkan rasa hati apabila sering dipers3nda gara-gara bentuk badan.

Kongsinya di entri terbaru, segelintir netizen menjamin bahawa perkahwinannya tidak akan kekal lama.

“Sebelom kami kahwin ,mmg ramai gil@ yang cond3mn.mcm2 orang kata ..tak kekal la smpai bila bleh brtahan la apa laa ..smpai ada orang yang boleh tag ssama sndiri dn yakin yang kami takkan kekal smpai ke jinjang plamin .

“Aku sndiri tak prnah mendoakan pend3ritaan orng dn kehancvran orng lain .kdang2 aku pelik dngn manusia sbegini ..dimana hati nurani mrekaa sbagai sesama insan ?slahkan aku seorang yang berbadan besar dijodohkan dngn llaki yang berbadan kurus?” tulisnya.

Malah dia mempersoalkan mengapa ‘gemuk’ seringkali menjadi bahan ej3kan tanpa mengambil kira perasaan?

“Adakah gemuk itu satu penghlnaan ?manusia ni asyek nak cond3mn ja ..kdang2 brckap tak jaga hati dn prasaan orng lain langsung ..fkir yang baik2 ,ckap yang baik,doa yang baik2,ALLAH pasti beri yang baik juga. Apapun, yang baik smua dari DIA dan yang buruk itu dari kita.

“Btw our honeymoon di langkawi kali ni tira ambik pakej dkat @penarakbamboobeachresort .mmg best sbb keliling bilik smua pantai .tira ambik bilik sea view so dpat mmncing skaligus .pakej mreka ni tira sewa skali kreta ..tq so much atas layanan yang baik,” kongsinya lagi.

Instafamous ini dinikahkan pada 3 Mac dengan pilihan hati, Apit Johari.

Amalan Untuk Mempercepatkan Jodoh

1 # Memperbetulkan kembali niat kita
Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita.

Berbalik kepada konteks artikel ini, Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan.

Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.

2 # Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri
Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan?

Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya.

Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh.

Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda.

Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.

Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh.

Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, memakai wangian, deodoran, bersukan, diet, dan lain-lain perkara lagi.

Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.

3 # Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat
Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri?

Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi.

Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*