S3ram Nenek melibas2 penyapu seolah2 ingin halau kakak. Mak melulu turun, tarik nenek masuk. Tiba2 nenek kuar semula smbil campak segenggam lada hitam dan garam. Sy terkjut dan berlari….

 

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Nah satu kisah untuk bacaan para pembaca yang suka kan kisah seram ilmu hitam dan pendamping. Peristiwa ini berlaku hampir 28 tahun yang lalu namun ianya terpahat kukuh di ingatan saya. Peristiwa yang tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup ini. Jam menunjukkan tepat pkul 1.30 tengahari. Matahari tanpa segan silu memancarkan cahayanya membuatkan cuaca hari itu panas terik.

Sedang saya memanja manjakan diri bermain dengan ‘break game’ di beranda rumah (rumah kampung) tiba tiba hujan turun renyai renyai membasahi bumi membuatkan bau hangit tanah naik ke bumi.

Dari kejauhan saya ternampak kakak sedang berjalan memasuki lorong menuju ke pintu pagar rumah.

“Siapa pakai jubah hitam tu dik…?”

Tegur aruwah nenek sambil mengecilkan matanya.

“Mana ada jubah hitam… Kok Chik (panggilan kami adik beradik) lah tu pakai baju sekolah…”

Jawab saya endah tak endah kerana bagi saya ianya bukanlah satu perkara yang penting.

“Bukan Kechik (nama panggilan manja kakak) lah… Apa hodoh sangat rupanya tu…?”

Soal aruwah nenek apabila kakak mula membuka pintu pagar untuk masuk ke laman rumah.

“Mok ni… Kok Chik lah tu…”

Tegas saya lagi. Aruwah nenek yang saya panggil Mok itu tiba tiba bingkas bangun dan mencapai penyapu lidi apabila kakak mula menghampiri.

“Kenapa datang sini… Pergi balik…”

Aruwah nenek melibas libaskan penyapu tersebut seolah olah ingin menghalau kakak. Saya terkejut dan menjerit memanggil mak (ibu kandung) yang sedang mencuci pinggan di dapur.

Mak melulu turun ke beranda sambil mengambil penyapu lidi tersebut daripada tangan nenek.

“Istighfar Mok… Itu kan Kechik…”

Mak saya menarik aruwah nenek masuk ke dalam. Kakak yang sedikit terkejut dengan tindakan aruwah nenek itu duduk di sisi saya sambil menjeling tajam ke arah saya.

“Ramai kena hiisteria kat asrama. Warden suruh balik tunggu reda…”

Kata kakak sambil membuka stokin. Tiba tiba nenek keluar semula sambil membawa segenggam lada hitam bercampur garam lalu membaling ke arah kakak.

Saya terkejut kerana ada beberapa biji terkena saya dan ianya terasa sangat pedih seolah olah terluuka. Saya berlari membelakangi mak dan kakak tiba tiba rebah lalu meracau seperti orang terkena sampuk.

“Aku dah kata… Bukan Kechik ni…”

Bebel aruwah nenek berkali kali.

“Yer lah… Kot yer pun tunggulah budak masuk dulu. Satu kerja nak mengangkat pulak…”

Mak pula bersuara. Saya memandang aruwah nenek dan mak silih berganti kerana berasa hairan. Saya di arahkan oleh mak memanggil jiran terdekat yang saya namakan sebagai Cikgu Hashim (bukan nama sebenar).

Cikgu Hashim bersama anak lelaki beliau membantu membawa kakak masuk ke dalam rumah. Walaupun tubuh kakak kecil tetapi dia kelihatan sangat berat walaupun diangkat menggunakan 3 orang lelaki dewasa.

Kakak terus meracau dalam bahasa yang tidak difahami. Seorang ustaz dipanggil untuk mengubati kakak. Bacaan Yassin dan ayat ayat Al Quran memenuhi ruang tamu rumah saya.

Aruwah nenek duduk di hujung kaki kakak sambil menekan 2 biji lada hitam di belakang ibu jari kakak membuatkan kakak menjerit dalam bahasa yang langsung tidak difahami.

“Dia bawa balik ‘benda’ ni…” Bisik ustaz itu ke cuping telinga ayah. Walaupun perlahan tapi cukup sampai ke telinga saya yang duduk di sebelah ayah. Mak pula menghilangkan diri entah ke mana.

“Benda apa pulak ni… Mana datang nyer..?”Soal ayah yang memang kurang percaya dengan tahyul mahyul ini.

“Tak pasti lah Pak Lan… Pak Lan kena cari orang yang pandai dalam bab bab ilmu halus ni. Saya hanya boleh bacakan surah surah untuk pendinding jer Pak Lan… Ini bukan lawan saya Pak Lan. Ilmu saya tidak lah sampai setara ini…”

Ayah yang masih memakai uniform kerja itu merenung muka ustaz muda itu.

“Haish… Ni tekanan nak SPM ni ustaz. Mana ada benda benda macam ni sekarang…”

Jawab ayah tidak bersetuju dengan cadangan ustaz itu tadi.

“Akuuu nak keluaaarrrr… Hantar aku keluaaar… Rumah kau ni panaaaassss….”

Tiba tiba kakak bangkit daripada katil duduk melunjur memandang aruwah nenek yang duduk di hujung kaki…

“Dah tu keluaaarrrr lah… Ikut anak cucu aku balik kenapa…?”

Soal aruwah nenek keras. Tiba tiba kakak memandang tepat ke arahku. Matanya yang bulat itu seakan akan terjojol keluar. Ayah menarik aku ke belakangnya supaya aku tidak memandang mata kakak.

“Aku panas… Bawa budak tu keluar…”

Jerit kakak menyinga sambil menunding jari kearahku.

“Kau tu yang keluar, ini rumah dia… Kau tu datang tak berjemput…”

Jawab aruwah nenek lagi. Kakak kembali merebahkan dirinya dan sambung meracau dalam ayat yang tidak difahami.

“Haus…. Haus…”

Suara kakak mendayu dayu minta air.

“Ambilkan air…”

Arah nenek kepada saya. Saya bangun untuk mengambilkan kakak air.

“Aku tak nak air… Aku nak drah diaaaa….”

Kata kakak sambil menunjukkan jari telunjuknya kearahku kemudian mengilai sekuat hati. Ayah menarik ku supaya kembali duduk dan ayah sendiri yang bangun mengambil kan kakak air. Apabila disua ke mulut, kakak menolaknya keras.

“Assalamualaikum…”

Tiba tiba muncul mak bersama seorang lelaki yang sangat aku kenali. Rupanya mak awal awal lagi sudah pergi mencari Aruwah Pak Mail.

Aruwah Pak Mail merupakan seorang yang pandai dengan benda benda halus ni. Beliau pernah mengubati saya ketika saya demam panas sedikit masa dahulu. Demam yang hanya datang selepas Maghrib dan akan sembuh bila Subuh menjelma.

Kata beliau demam itu berpunca kerana ada ‘benda’ yang ingin mendampingi saya tetapi tubuh saya tidak menerimanya. Benda baik warisan keluarga tetapi bukan dalam bentuk peliharaan. ‘Dia’ sendiri datang untuk menjaga.

Aruwah telah memberi saya pendinding dalam bentuk surah AL Quran yang di balut dengan kain dan suruh saya memakainya sekiranya demam itu datang kembali.

Tapi… Waktu itu saya masih kecil dan tidak mengerti apa apa. Hanya mendengar dan mengikut sahaja.

“In Sha Allah bila dah besar, dah bersedia… Tak ada lah demam lagi…” Katanya sewaktu kali terakhir saya berubat dengan beliau.

Berbalik dengan keadaan kakak saya tadi. Beliau duduk di kepala kakak dan minta kebenaran daripada ayah untuk menyentuh ubun ubun kakak.

Sebelum itu beliau ada membaca beberapa potong ayat Al-Quran dan ditiup ke dalam air. Beliau meminta saya minum dan menyapu sedikit di muka saya.

Kata beliau hijab saya terbuka. Bimbang saya akan nampak benda yang tidak sepatutnya. Beliau memesan pada ayah sentiasa menyapu muka saya jangan bagi air di muka saya kering. Ayah yang hanya 50-50 percaya itu hanya menurut.

Sesi perubatan bermula… Beliau memegang ubun ubun kakak perlahan tetapi kakak menjerit seolah olah aruwah Pak Mail menggenggam nya dengan kuat.

Pak Mail menjampi dari hujung kepala hingga ke hujung kaki kakak. Tiba tiba kakak bingkas bangun dan merenung saya lagi.

“Keluar… Aku panas…” Kakak menyuruh saya keluar lagi. Saya yang tak tahu apa apa turut merenung mata kakak. Mak cuba menghalang saya daripada terus melawan renungan kakak tetapi waktu itu saya rasa bagaikan ada satu semangat meminta saya terus merenung kakak.

Saya renung mata kakak dan tiba tiba bunyi sesuatu berlari di atas atap rumah saya (atap zink). Saya terus merenung walaupun mak cuba mengalih perhatian saya. Kakak meronta ronta ingin bangun.

Walaupun kakak di pegang oleh ayah dan 2 orang bapa saudara saya tetapi tenaga kakak sangat kuat. Kekuatan kakak menyebabkan ayah dan 2 orang bapa saudara saya turut berganjak daripada tempat duduk mereka.

Aruwah nenek kekal berada di hujung kaki kakak tetap memegang kedua dua belah kaki kakak.

Saya merenung kakak tanpa henti. Saya tahu jika kakak berjaya bangun, sasaran utama kakak adalah saya. Saya tetapkan kedudukan saya. Saya bersila rapat rapat. Tiba tiba saya rasakan ada angin panas bertiup ke arah muka saya akhirnya saya tidak sedarkan diri.

Saya cuba membuka mata perlahan. Tapi rasa sangat mengantuk. Jelas kedengaran di telinga saya ayah dan aruwah Pak Mail berbual.

“Tak ada kena mengena dengan asrama ni Pak Lan. Mungkin masa balik tadi, hujan panas itu yang melekat. Benda tu memang ada dalam kawasan rumah Pak Lan ni. Orang hantar, tapi tak tahu lah ditujukan pada siapa.

Anak perempuan Pak Lan yang kecik tu jaga jaga… Orang yang ada ilmu hitam nak sangat pada dia untuk uji ilmu sebab dia pun ada ‘benda halus’ yang nak ‘mendamping’ ”

Ayah yang kurang percaya terpaksa mengangguk kan kepala mendengar kata kata aruwah Pak Mail.

“Dah awak pandai… Tolong lah buang kan…”Ayah bersuara setelah beberapa minit mendiam kan diri.

“Saya tak pandai Pak Lan… Setakat sikit sikit macam ni boleh. Tapi nak mencari kat mana tertanam tu memang tak pandai. Pak Lan kena ikhtiar cari orang yang pandai. Selagi ada tertanam di rumah Pak Lan selagi itu lah benda ni akan berulang..”

Jelas aruwah Pak Mail lagi.

“Yang kecik saya tu apa pulak masalahnya…?” Ayah semakin pening.

“Macam ni Pak Lan, yang kakak tu terkena dengan ilmu hitam yang di hantar pada keluarga Pak Lan. Cuma tak tahu kepada siapa nak ditujunya. Daripada firasat saya, benda ni dah lama ada. Mungkin kakak lemah semangat, itu yang kena. Adik pulak, ada benda nak ‘mendamping’.

Pendamping ni tak semestinya ‘membela’. Ada juga yang datang sendiri nak berkawan. Tapi kena jaga jaga lah. Sebab pengamal ilmu hitam ni suka sangat nak uji ilmu dia pada orang macam adik ni…”

Jelas Pak Mail panjang lebar. Sejak hari itu, kakak sering meracau. Tak kira bila. Sedang berbual bual dengan kawan kawan pun kakak boleh pengsan dan meracau.

Saya…? Saya tetap dengan dunia saya sendiri. Adakah saya menerima ‘pendamping’ itu dan bagaimana caranya ayah selesaikan kemelut ini…? Nantilah ada masa saya akan tulis lagi. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya

Kredit : informasiviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*