“Nak Kena Gelak Ke Bila Orang Panggil Gemvk?” – Figura Badan Dipersoal, Bella Dowanna Sel4r Kenyataan Individu Ini

Pelakon, Bella Dowanna meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang mempersoalkan mengenai bentuk badannya.

Individu berkenaan dilihat secara terbuka memberitahu, Bella kini kelihatan agak ‘gemvk’ menerusi sebuah foto yang dikongsikan di Instagram stories.

Kata-kata tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, Anak Tebing 2 itu.


Menurut Bella, sekiranya tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, diam itu lebih baik.

“Kalau takda benda elok untuk reply story aku, tak payah reply la,” tulisnya.

Rasa bengang itu dikongsikan sendiri oleh Bella menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Tweet berkenaan turut mendapat perhatian seorang lagi netizen yang mengatakan Bella terlalu sensitif bila mendengar perkataan ‘gemvk’.

Lalu Bella membalas, “Lepas tu nak kena gelak ke bila orang panggil gemvk? Dasar tak handsome”.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu berkenaan selain menasihati Bella supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

“Ignore je babe . Kita kurus ke gemvk ke bukan nak tunjuk kat orang . Just be yourself. Yang penting love yourself.

“Biasanya jenis ceni bukan satu dua orang je dia shaming. Jenis nak perhatian dengan kaedah ejek4n.

“Ye dowh. Some people really have nothing nice to say they better just shut up lol,” antara komen-kome netizen di laman Instagram.

Malam yang akan ditayangkan di platform penstriman Tonton.

Selain Bella, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Beauty With Brain

Sumber : MH

cREDIT | http://www.videoviral.co/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*