Dah Tolong Bay̷arkan Makanan, G̷adis Ini Tercengang Kena Tingg̷al Tem̷an Lelaki Lebih 1 Jam Tak Sampai2

Dah Tolong Bay̷arkan Makanan, G̷adis Ini Tercengang Kena Tingg̷al Tem̷an Lelaki Lebih 1 Jam Tak Sampai2

DAH TOLONG BAY̷ARKAN MAKANAN, G̷ADIS INI TERCENGANG KENA TINGG̷AL TEM̷AN LELAKI LEBIH 1 JAM TAK SAMPAI2

Zaman sekarang kita tidak boleh terlalu mudah percayakan seseorang, baik lelaki mahu pun perempuan

Tambahan lagi, jika orang yang kita baru kenal itu hanya melalui alam maya saja, lagilah bahaya. Apa sahaja boleh terjadi sekiranya kita tidak betul-betul selidik tentang latar belakang seseorang itu sebelum berjumpa.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, dia dikatakan telah ditinggalkan oleh seorang lelaki sebaik saja mereka keluar makan bersama di sebuah restoran.

Terpinga-pinga selepas ditinggalkan lelaki lebih satu jam sebaik saja habis makan

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Maksu Dodot telah keluar bersama seorang lelaki yang dikatakan ingin membuat collaboration content bersamanya.

Selepas mereka menjamu selera di sebuah restoran di mana gadis ini yang membayar kesemua makanan, lelaki itu tiba-tiba berkata dia ingin ke tandas.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila gadis itu ditinggalkan selama lebih satu jam seorang diri di restoran tersebut tanpa khabar berita daripada lelaki berkenaan.

 

Dah call tapi tak berjawab dan WhatsApp hanya ditinggalkan satu tick

Susulan video tersebut tular sehingga mencecah 1.2 juta views di TikTok, gadis itu dihujani ribuan komen daipada warganet yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya dan mengapa dia keluar bersama lelaki lain walaupun dia sudah mempunyai teman lelaki.

“Mungkin dia pergi tandas tak jumpa jalan keluar” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video gadis tersebut telah meraih 1.2 juta tontonan, 68K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok.

Rata-rata warganet memberikan pendapat mereka masing-masing selepas melihat video itu. Ada yang seakan tidak percaya masih wujud perangai orang seperti itu.

Malah ada yang menyamakan situasi gadis tersebut dengan cerita Bujang Lapok iaitu babak sewaktu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ditinggalkan di kedai makan.

Sumber : Says

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Sumber | kredit | mediaportal

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*