Ceritanya diusia perkahwinan saya 16 tahun saya dapat tahu kalau suami Saya telah berkahwin lain di seberang dengan j4nda anak 4

Assalamualaikum admin. Pertamanya Saya mintak admin hidekan detail saya. Saya meluahkan untuk sekadar mendapat pendapat dari yang pernah mengalami masalah yang sama or hampir sama dengan saya.

Ceritanya diusia perkahwinan saya 16 tahun saya dapat tahu kalau suami Saya telah berkahwin lain di seberang dengan j4nda anak 4. Selama perkahwinan dah byk kali kantoi ada hubungan dengan perempuan lain.

Sampai ke tahap hubungan badan. Tapi semua tu Saya telan n terima memikirkan Saya berjanji dgn diri sejak dr mula nikah saya akan menjaga segala kewajipan sebgai isteri n juga pertahankan demi anak2.

memandangkan juga saya hanya Suri rumahtangga. mmg sejak dari mula kawin Saya tidak dibenarkan untuk bekerja dan bina kerjaya Saya sendiri walaupun saya ade degree. saya mengikut semua permintaan suami.

selepas kahwin suami nak saya sama2 bisnes dengannya sahaja, putuskan hubungan dengan kawan2 kerja sekolah, universiti. tak bagi saya ade bisnes sendiri dan macam2. Semua Saya ikut. Sepanjang perkahwinan.

Saya tumpukan sepenuhnya pada suami dan anak2. tiada kawan, tiada bersama dunia luar. segalanya untuk suami dan anak2. Saya dah sedaya buat yang terbaik dari segi segi dan suami akui katenya saya antara isteri terbaik.

Ade anak yang cerdik, pandai comel n handsome. Apalagi dimahukan. Suami Saya dah 2 kali bercerai Perkahwinan Saya dgnnya adalah perkahwinan kali ke 3. Saya berkahwin dengannya setelah dia menduda 2 tahun.

Masalah Saya sekarang ,Saya rasa tahap kesabaran Saya sampai ketahap penghujungnya, Saya betul2 kecewa, hati Saya hancur, harapan Saya hancur. tapi dalam masa yang sama Saya pula tak mampu nak teruskan hidup bermadu.

Saya tertekan sangat sekarang. Saya risau bagaimana saya nak teruskan hidup, Saya tak ade income sendiri. boleh Saya dapatkan semangat dan pengalaman2 anda yang berpengalaman seperti Saya. Saya betul2 tak tahu buat keputusan skang.

Suami minta Saya bersabar untuk 3, 6 bln ke setahun untuk dia uruskan, sedangkan saya tak tahu lagi masa kedepan dan saya tak sanggup lagi hadapi keadaan seperti ini.

Sebab setiap malam suami akan keluar dan menelefon isteri barunya. saya stress sekarang admin. segala masalah Saya takpernah mengadu pada sesiapa.

walaupun keluarga saya or keluarga mertua..Hanya pada Allah segalanya. Bantulah Saya untuk beri pendapat dan semangat. Terima kasih aadmin n smua

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*