Aku bekerja pagi petang malam sebab nak menyara aku & suami yang tak bekerja selama 3 tahun. Satu hari trbongkar suami ada simpanan RM 100K dlm akaun BSN. Aku jd pelik. Satu hari aku tahu cerita sebenar. Bdohnya aku bela dia selama ni…..

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Saya yakin abam pergi untuk menunjukkan kita banyak pengajaran dan asbab. Baik atau buruk nya kedua memberi pengajaran. Apabila kita buat baik, orang sayang. Benar-sebenarnya. Apabila kita pergi tanpa perancangan hakiki, maka kecundang lah orang tersayang kita.

Bukan mudah berada di tempat adik beliau, Ali Puteh ataupun di sisi balu. Sudahlah hiilang saudara/suami kini menghadapi spekulasi dan nista masyarakat.

Terlajak perahu boleh undur seundurnya, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. Berbalik pada tajuk saya.

Ini adalah kisah saya seorang isteri yang suami nya masih hiduplah. Masa mula perkahwinan, saya yang berkerja menyara keluarga sementara suami saya belum dapat kerja.

Pagi, petang, malam. Cukup saya katakan berkerja keras untuk meletak makanan diatas pinggan. Alhamdulilah pertengahan perkahwinan, kami dikurniakan anak.

Maka saya perlu lagi berkerja lebih keras dengan membawa anak didalam perut. Suami masih tidak berkerja. Maka saya pun bekerja lebih gigih siang malam untuk memastikan cukup untuk penambahan 1 ahli keluarga.

Fast foward, saya tidak pernah mengeluh bahkan mengangap itu tanggungjawab saya sementara suami mendapat kerja.

Masa itu Mak mertua saya pun masih baik dan memberi sokongan terhadap saya supaya terus bekerja menyara keluarga. Alhamdulilah, hari siang awam mendung berlalu.

Suami dapat kerja. Sujud syukur akhirnya dapat berkongsi beban kewangan 50-50. Tetapi awam mendung muncul semula bersama kilat menyetir. Gaji bulan pertama sahaja menjadi rebutan mak mertua.

Suami saya tidak mahu bayar apapun. Kereta, rumah, mengasuh anak, nafkah saya dan anak semua tidak tertunai. Suami saya mula kedekut dengan hartanya.

Padahal dulu masa saya bekerja suami saya yang pegang kad, tahu password untuk keluarkan duit dan sebagainya. Ya saya doboh, saya tahu. Ada satu masa itu, saya penat berkerja back to back tanpa rehat, sabtu ahad pun kerja.

Saya berdiri depan cermin, tengok luuka ca3ser anak pertama saya. Saya menangis giila-giila didalam tandas. Sudahlah penat berkerja, membawa anak dalam perut sehingga melahirkan juga diuji.

Hanya untuk lebih terus menderita dengan sikap suami dan mertua. Mak mertua dan keluarga suami juga mula bekeras.

Mereka mahu jumlah yang besar dari gaji suami saya. Apabila saya bercakap, dituduh saya dengan pelbagai hinaan antaranya ‘saya gila harta’. Kalaulah saya gila harta, buat apa saya tanggung suami saya tak berkerja 3 tahun? Logik tak? Betullah, bagaikan kacang lupakan kulit.

Itulah saya pada suami saya. Nafkah saya rock a bye baby. Yg wajib head to toe 2 kali setahun pun, bagaikan prang nak dapat. Isteri shopping beli barang dapur seronok, saya skit kepala. Sebab semua kena catu.

Kalau nak maggi, kena nyatakan kenapa nak maggi, bolehke habiskan maggi dalam seminggu, jika tak habis apakah akibatnya kepada ekonomi keluarga dan negara.

Sumpah, setiap kali beli barang dapur skit kepala / hati bernyut-nyut. Akhirnya, saya berserah letak balik maggi pada rak. Kemuncak apabila saya terjumpa account peribadi suami. Ada satu tika saya terjumpa second account bank yang berbelas ribu. Masa itu tanya, suami saya kata itu keluarga dia punya.

Saya diamkan. Kali kedua saya jumpa account BSN seratus ribu. Kali ini saya tanya, dia kata account keluarga lagi. Agak-agak lah menipu pun jelas nama kedua account adalah nama suami saya. Lagi seronok, suami saya tidak berkeinginan pun berkongsi fakta dengan saya. Wp masa saya berkerja seorang diri.

Maka selama ini suami saya adalah RICH HUSBAND, dan saya adalah P0OR WIFE Saya terduduk sebab sungguh saya tiada simpanan, saya serahkan semua pada suami. Password account bank semua dia tahu. Tetapi dia, saya tidak tahu apa-apapun, tidak password apatah lagi amount.

Sedangkan cinta saya sudah terbukti pada dia dengan menerima dia ketika dia zero, melahirkan zuriat lagi. Saya tergelak ala joker mengingat kejahilan diri yang sebenarnya dihati tertoreh dan tersusuk.

Apabila cinta suami tidak seperti yang diharapkan.Selepas beberapa lama merudung nasib, hampir gagal ditempat kerja.

Saya bangkit dengan kasih sayang Mak. Saya yakin ini adalah wake up call saya to be RICH WIFE.

A) Saya buat hibah diatas kem4tian saya bernilai RMxxx,xxx.

B) Saya teruskan membayar apa yang sudah bayar yang suami tak mahu sediakan. Contohnya hutang kereta yang atas nama saya. (Sebab saya kerja dulu, jadi saya yang boleh keluarkan kereta) (Hutang ini atas saya tidak mengapa penat membayar nanti boleh guna) (suami saya memang tak nak bayar pun kereta ini).

C) Membeli rumah / aset yang buat liabiliti. Saya paksa diri menyimpan. Alhamdulilah sudah dapat 2 rumah. Dan to more in list.

D) Menyimpan, Saya mula menabung. Life style, tudung jenama yang mahal, baju yang esklusif. Saya ada 7 set series of baju kerja yang saya tukar itu sahaja dari awal tahun ke akhir tahun. Saya yakin saya cantik walaupun dengan baju yang sama. Hehehe janji bersih dan wangi.

E) Berdoa dan terus berdoa agar diberi ksihatan, akal fikiran yang sihat, rezeki yang murah dan keupayaan mengubah nasib diri.

F) MAJUKAN DIRI, Ambil peluang boss offer gaji bagus, job lebih bagus. Kau pun kenalah excellentkan. Takat dok jadi makcik bawang tak kemana.

G) Follow dan berkawan dengan ‘circle’ yang bagus. Saya follow pakar kewangan, pakar perubatan, pakar motivasi. Nak hebat kenalah follow orang yang sudah hebat.

Saya berhenti menangisi dan meroyan dengan perkataan crai. Suami saya letak dalam kotak, ikat cecantik, letak dalam bonet kereta. Masih menghormati, tetapi harus lebih bijak melangkah.

Sebab suami saya pun bijak dengan keluarga dia. Adakala stress datang menghentak, sebab saya perlu jelaskan banyak benda.

Saya akan pujuk hati dan berkata sesungguhNya Allah swt bersama saya. Apabila kita redha dan terima dalam positif maka kita akan tenang. Saya pernah lihat filem ‘How I Meet Your Mother’, dimana Ted asyik berada di dalam telaga. Dia tertanya siapa yang dapat bantu dia.

Diakhir episod itu, diri ‘dia’ yang menghulur tangga kepada Ted untuk keluar dari telaga itu. Episod itu memberi kesan. Adakala tiada siapa yang dapat menyelamatkan diri kita kecuali kita sendiri.

‘What doesn’t k1ll you, make you stronger’, saya perlu kuat untuk 2 anak saya. Itulah wanita apabila hatinya terluuka. Kita perlu jadi macam lastik, berundur kebelakang dan terus melantun maju. Yang baik dari Allah swt, yang buruk dari saya.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Anna Chow, Walaupun saya masih tak faham untuk apa diteruskan lagi perkahwinan yang menyeksa diri sendiri, namun saya tetap kagum akan kehebatan dan semangat confessor. U are such a great woman.

Nadia Rahmat, jangan dihalalkan segala apa yg puan momo tanggung fmly slama 3 tahun husben tu menganggur. buruk perangainya n family mentua. smoga lebih kuat n dpmudah urusan puan momo n dlimpahkan rezeki yg byk dr Allah. aamiin.

Nur Saleha, Walaupun saya masih tak faham untuk apa diteruskan lagi perkahwinan yang menyeksa diri sendiri, namun saya tetap kagum akan kehebatan dan semangat confessor. U are such a great woman.

Your husband doesnt deserve u confessor. Sangat tox1c. Mak mentua juga t0x1c.

Kalau saya jadi confessor, saya lebih rela hidup sendiri bersama anak saya. Tapi saya tetap menghormati keputusan confessor. Pasti puan ada sebab mengapa terus bertahan. Tahniah and goodluck for your life puan.

Indah Butik, Hurm..inspiring,inspiring juga..tp tu namanya mcm menyeksa diri sendiri..dan mengheret suami ke neraka..nak jadi wanita hebat boleh tp biar kena cara..jgn sampai diri tersksa..hidup hanya sekali,klu tak bahagia utk apa berumahtangga?

Fatin Najwa, Kedekut dgn anak bini, tak lama yg ratus ribu tu akan lenyap tanpa disedar.. Semoga dpt kesedaran la suami yg kedekut taik anjay ni.. Tak sedar diri hidup jd biawak 3 tahun.

Zara Mawi, Kuatnya kau ye sis.. tanggung biawak hidup 3 tahun.. cam2 keje buat sedangkan org yg ko tanggung tu beratus ribu duit die.. teruk betol smpai barang dapur berkira bile tang duit die.

semua yg nama bini xnak bayar.. family inlaw pun sama parasit..xpe sis Allah ade n die nampak.. nanti die dapat baldan setimpal.

Ari Kael, Busuk betul hati suami mcm ni, mmg muka x malu sungguh, hidup 3 thn bini tanggung, bila senang kedekut piau..dik, be strong, dia kedekut nk kuarkan duit belanja dapur,

kau beli utk kau dan anak je, msk utk kau dan anak, dia memekak suh dia beli apa dia nak kau masakkan, bagus kau dah sedar dn bangun dr kesilapan,

jgn murah hati lg dgn laki mcm ni, tiap kali rasa nk tlg dia, klu ada rasa nk mengalah dgn dia, kau ingat blk amount duit dia dlm bank..jgn sesekali tunduk dgn spesis mcm ni.

Huda Hann, Kedekut nak mampus laki dia nih. Kalah lak haji bakhil. Haji bakhil tu aku rasa kedekut2 pon die still bayar keperluan rumah etc.

Tapi laki confessor nih dah x tau nak letak cth apa lagi tahap die punya kedekut. Jgn jadi mcm qorun 1 hari nanti udah laa, tenggelam laa harta2 ko tu dek kedekut ngan bini sendiri.

Nur Aliya, bagus puan..positif..kita perempuan jangan menangisi dan jgn mengalah..abaikan semua tu..fikir utk anak2 dan diri sendiri..hal suami dan fmly dia tolak tepi, in c4se sebarang kemungkinan kita dah ready n xbergantung kpd dia lagi.

Percayalah org yg berusaha dan sabar pasti Allah akan balas satu hari nanti..saya doakan puan tabah..sebab dr cerita puan..puan mmg tabah.

Midah Yusof, Move on..bukan nk runtuhkan rumah tangga tp nafkah suami xsediakan mlah membebankan isteri lgi..dh ckup utk buktikan suami tu xlayak jadi suami.. tak rugi jadi janda kalau hati tak skit.

jangan takut tiang arasy bergegar kalau mintak crai.. please syg diri sndiri dlu..awk deserve utk happy n bhagia.. sementara muda n anak kecik lagi please move on cari bhagian sndiri.

Adibah Rozain, Sangat hebat confessor subhanallah. Buat yg mempersoal apa kenapa dia masih terus stay dlm perkahwinan tu, bg sy dia lebih tahu macam mana keadaan dia dan suami.

Mungkin memikirkan anak2, suami baik dgn anak2, dan lain-lain. Maka apa yg dia buat sekarang adalah sgt terbaik. Dancing in the rain dan InshaAllah semakin banyak pahala sabar.

Jangan cakap dia bodoh kerana stay dlm perkahwinan itu, kerana banyak sudah k3s sy jumpa wanita yg dizalimi berkaitan nafkah tiada kekuatan untuk memohon fasakh,

namun mereka cuba menyemai bahagia dengan mensyukuri kebaikan suami pada bab selain nafkah, kebahagiaan anak2 kerana punya ibu ayah yg tinggal sebumbung,punya keluarga yg ‘lengkap’, dan punya anak2 yg baik akhlaknya.

Mereka cuba mencari permata-permata yang berserakan dalam lumpur. Afterall, telah tertulis jodohnya masih kekal dengan suaminya.

Syabas puan, kerana puan bijak dan sangat menginspirasi. Jika kita tak dapat apa yg kita impikan, cubalah berbahagia debgan menerima apa yang tuhan sedang berikan.

Namun teruskan memperjuangkan hak nafkahmu kerana barangkali 1 hari nnt suami akan terbuka hati menghulurkan hak yang dinafikan itu. Jika tidak, siap siagalah dia untuk berjawab di depan Tuhan.

Seri Aida, Syg mcm mana pun kat somi duit kita is duit kita tolongla jgn jg pemurah yg bodoh krn akhirnya kamu akan merana. Hidup ada peraturannya ada tugas yg ditetapkan ikut sajala bantu bukan ambik alih kuasa itu.

Jika mampu redha selama nya x pa jika tidak baik belajar berkata tidak dr awl perkahwinan lagi.

Kak Yong, Apa gunanya sebuah perkahwinan sekiranya tiada persefahaman.. tiada mahabbah dan mawaddah antara suami isteri.. wpun msh berstatus isteri tp hakikatnye spt ibu tunggal. Marriage is not living together but loving together..

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*