Walaupun Memiliki

Walaupun Memiliki Bibir Terbesar Dunia, Gadis Ini Masih Tak Puas Hati lagi,

Sudah Memiliki Bibir Terbesar Dunia, Tapi Gadis Ini Masih Tak Puas Hati lagi. Seorang wanita mempunyai citarasa dan persepsi bahawa memiliki bibir besar merupakan sesuatu yang menawan dan dia berazam mahu mendapatkan bibir tersebar di dunia.sajagempak.com – Sudah Memiliki Bibir Terbesar Dunia, Tapi Gadis Ini Masih Tak Puas Hati

Andrea Ivanova merupakan seorang wanita muda berusia 22 tahun sudah melakukan 17 suntikan dalam usaha untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, tapi sayangnya dia masih belum puas.

Andrea Ivanova, dari Bulgaria, memulakan transformasi tahun lalu dan menjalani suntikan bibir hyaluronic acid sebelum September tahun ini.

Walaupun sudah besar dan membengkak bagaikan disengat lebah, wanita ini masih merancang untuk melakukan operasi lagi sehingga dia benar-benar puas hati. Andrea nekad mahu muncung yang lebih besar daripada sedia ada.

Andrea percaya dia kelihatan lebih cantik dengan bibir yang lebih besar dan dia telah melawat banyak klinik dalam cubaan untuk mendapatkan bibir sempurna. Menurut Andrea:

“Saya suka bibir saya sekarang lebih daripada sebelum ini. Saya berasa sangat gembira dengan bibir yang baru ini, kerana menurut saya dengan bibir yang lebih besar saya kelihatan lebih cantik.

“Saya telah melawat hampir semua klinik untuk prosedur estetik di Sofia (ibu negara Bulgaria) dan saya telah meletakkan hampir semua jenis lip filler [di bibir saya].

Wanita yang sedang dalam pengajian German Philology di Sofia University mengakui dia tidak mengetahui jumlah wang yang sudah dibelanjakan tapi setiap rawatan purata sekitar £134 ke atas.

Dibawah ini ialah gambar sebelum bibirnya menjadi besar.

Rupa asal memang dah cantik kan? Ermm

Tidak jelas berapa banyak lagi suntikan yang ingin dilakukan Andrea untuk mencapai bibir besar, tetapi dia menegaskan sekali dia tidak puas, dia akan terus buat.

Kalau ada wanita disini mahukan bibir tebal, dinasihatkan supaya janganlah terlampau obses macam wanita ini, takut nanti menyesal pula.

Kredit: Wanista : Sajagempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*