[Video] Terakam ‘Roh’ KeIuar Dari Jasad LeIaki Lemas Buat Ramai Meremang

[Video] Terakam ‘Roh’ KeIuar Dari Jasad LeIaki Lemas Buat Ramai Meremang

Seorang wanita mendakwa bahawa dia telah melihat ‘roh’ keluar dari jasad seorang lelaki yang ditemui lemas di dalam sungai di Filipina.

Menurut The Sun, detik-detik kejadian yang berlaku di wilayah Davao del Norte itu telah dirakam oleh wanita tersebut pada 21 November lalu. Dakwanya, roh tersebut berjalan di atas air selepas ia keluar dari jasad.


“Ia sangat menyeramkan kerana saya tidak menyangka dapat merakamnya di telefon saya.

“Saya meremang bila tengok video itu, saya tahu ia memang hantu lelaki tersebut,” katanya.

Difahamkan, lelaki tersebut telah lemas di sungai itu ketika cuba menyelamatkan seekor anjing liar. Dia berjaya menolak naik haiwan itu tetapi nasibnya tidak baik apabila dirinya terus tenggelam dalam air.

Rakan-rakannya kemudan memanggil para penyelamat dan usaha untuk mencarinya dilancarkan.

Ketika mayatnya dijumpai, roh putih didakwa telah dilihat turut muncul keluar dari air.

Netizen yang tidak percaya melihat video itu mengatakan bahawa mungkin ia telah disunting. Namun, wanita tersebut menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa video yang dirakam olehnya itu sememangnya betul.

“Ketika itu, saya hanya berhasrat untuk merakam detik-detik ketika orang ramai menyelamatkannya tetapi tidak menyangka pula akan melihat sesuatu yang menyeramkan,” katanya.

“Kalau wap panas Dari enjin Tu Ada jauh sikit kompom kena tuduh penunggu air mengamuk pulak,besok2 berduyun2 bomoh datang nak “jinakkan” penunggu untuk Cari nama” – netizen

“Itu asap rokok org sebelah klau tak percaya cuba rakam video mintak Kwn sebelah hembus kat hp nnt akan keluar benda Yg sama mcm dlm video ni…

sbb Sy dah pernah kena mcm ni tgh rakam org kemalangan mlm2 kat highway member plak tgh hisap rokok pastu ktorg tgk balik video tak terperanjat pun sbb masa hembus tu kita dah nampak asap lintas depan kamera hp sekali nak tgk balik video serupa mcm roh tgh terbang…”

Dia juga mendedahkan bahawa mangsa merupakan lelaki ketiga yang lemas di sungai itu.

Tonton Video :

Sumber : thesun via belumbalik

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*