Minta Azan

Orang-orang tua dulu selalu berpesan, kalau dah nak masuk waktu senja, elakkanlah berada di luar rumah dan tingkap rumah mestilah ditutup segera kerana pada waktu itulah syaitan mula berkeliaran.

Menyentuh mengenai berada di luar rumah ketika senja, terdapat juga peristiwa gangguan makhluk halus ke atas mangsanya yang terdiri daripada kanak-kanak kecil.

Inilah detik seram yang pernah dialami Obi Wan Shahrizal apabila dia mendakwa anak perempuannya diganggu makhluk halus gara-gara mereka pulang lewat ke rumah ketika waktu senja.

Nak tahu kisahnya, jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Pulang sebelum senja

Kejadian baru berlaku petang tadi. Kisahnya begini, tiap petang lepas balik kerja, aku akan bawa Delaila (nama anak) pergi main basikal dekat sekitar kawasan yang bersesuaian di PD.

Biasa kami pulang awal sebelum menjelang senja. Cuma hari ni sedikit terleka nak balik ke rumah. Terlajak sampai ke senja. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah azan dah berkumandang di radio.

Sampai je dekat rumah, aku bukak gate masukkan kereta ke dalam porch. Lepas masukkan kereta terus aku bukak pintu belakang kereta dan pimpin Delaila untuk masuk ke dalam rumah.

Bagi salam dan aku biarkan Delaila masuk ke dalam dulu, sementara aku tutup gate dan ambil barang dalam kereta. Ketika aku masuk ke dalam rumah aku tengok Delaila dah siap-siap ada dekat dapur, standby nak mandi dengan ditemani Maktok (nenek) dia.

Entah macam mana tiba-tiba mak mertua aku (Maktok) cakap macam ni, “Amboi, baru empat tahun dah pandai menjawab ye?”. Aku pun macam pelik. Apa yang Delaila dah cakap masa aku dekat luar tadi?

Aku suspek Delaila ada cakap benda yang tak patut dekat Maktok dia. Terus aku tanya Delaila dengan nada yang tegas, “Delaila cakap apa dekat mak??” (panggilan Delaila kepada Maktoknya). Dia diam mula-mula.

Aku ulang balik pertanyaan yang sama dengan antonasi yang sama. Terus dia menangis. Sambil mandikan dia, aku sedikit memarahi dia sebab banyak kali aku dengan wife dah ajar dan nasihat supaya hormati orang yang lebih tua.

Aku tanya lagi sambil mandikan dia. Tapi dia tetap tak jawab sambil menangis. Selesai mandikan Delaila dan sebelum pakaikan baju dia, aku ambil wudhu siap-siap untuk solat Maghrib. Angkat dia bawak masuk ke dalam bilik.

Dalam bilik aku tanya dia lagi sekali apa yang dia cakap dekat Maktok dia. Lepas ditanya banyak kali tiba-tiba Delaila jawab, “Lela tak ingat la ayahhh,”. Hmm. Aku jadi kesian. Aku peluk dia, dia menangis lagi.

Dalam aku peluk dia, tiba-tiba mak mertua aku panggil. “Waann!”. Terus aku keluar bilik. Aku tengok mak mertua aku berdiri antara laluan ruang tamu nak ke dapur. Dia cakap, “Wan, azankan cepat dekat telinga Delaila!”

Aku jadi pelik. Dia cakap, “Buat sekarang!”. Tiba-tiba bulu roma aku meremang sampai ke tengkuk. Terus aku masuk bilik buat apa yang disuruh. Masa azankan dia, Delaila makin kuat menangis.

Kemudian nangis dia beransur reda bila azan dah masuk pertengahan. Aku azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri, macam sambut bayi yang baru lahir. Lepas solat Maghrib aku jumpa mak mertua aku, bertanyakan hal yang sebenar.

Menurutnya lepas aku angkat Delaila masuk ke dalam bilik, dalam perjalanan dia menuju ke bilik untuk ambil tuala mandi, dia nampak bayang satu sosok tubuh kanak-kanak yang sama tinggi dengan Delaila berwarna hitam. Rambut panjang-panjang menutupi muka berdiri menghadap dia dengan bayang muka yang menunjukkan dia marah.
Dan ketika Delaila ada bersama dengan dia di dapur, mak mertua aku ada tanya Delaila, “Pergi mana sampai senja baru nak balik Laila oii?”

Mak mertua aku cerita lagi, ketika itu Delaila menjawab dengan suara yang bukan miliknya, “Laila dah besar la mak! Kenapa nak marah-marah Laila??”. Itu yang membuatkan aku terkejut.

So pengajaran daripada ini, lepas ni aku kena lebih peka dan berhati-hati pada masa akan datang. Walaupun aku ni jenis tak berapa nak ‘hadap’ sangat dengan makhluk halus (sebab seumur hidup belum pernah tengok sendiri di depan mata) tapi aku tetap percaya ia ada di sekeliling kita.

Lebih-lebih lagi syaitan yang telah bersumpah akan menyesatkan anak Adam dengan apa jua cara sekalipun. So harap kawan-kawan aku yang berada di alam maya ini pun boleh ambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman aku ni, especially yang ada anak-anak kecil.

*Illustrasi ini hanya gambaran hampir tepat dengan apa yang disaksikan oleh mertua. Sekadar gambar hiasan yang diambil dari Google.

Gambar hiasan | Kredit: Obi Wan Shahrizal/Google : siakapkeli
Sumber: Obi Wan Shahrizal melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*