Tengku Jamidah berkongsi pandangannya

Tengku Jamidah berkongsi pandangannya

su penggunaan gan.ja dalam perubatan yang di bahas Syed Saddiq di Parlimen baru-baru ini, mendapat perhatian Tengku Chanela Jamidah.

Di Instagram beliau, Tengku Jamidah berkongsi pandangannya mengenai penggunaan gan.ja dalam perubatan bagi merawat pen.yakit kronik.

Sokong Penanaman Pokok Ganja Jenis Hemp


Berdasarkan perkongsian di Instagram beliau, Tengku Jamidah menyuarakan rasa berterima kasih kepada Ahli Parlimen Muar kerana membahas soal penanaman pokok gan.ja jenis hemp di Parlimen. Menurut Tengku Jamidah berjuta pe.sakit memerlukan perubatan gan.ja sebenarnya.

 

“Berjuta orang memerlukan perubatan gan.ja. Kanak-kanak ep.ilepsi kita, ibu bapa kita yang meng.hidap ba.rah, datuk dan nenek alzhei.mer kita.

Dan manfaat ekonomi untuk semua. Tidak mengira fahaman politik anda, SEMUA ORANG dapat manfaat. Ketepikan sebentar dan sediakan keperluan kesihatan untuk orang kita. Ini adalah hak asas manusia!”

Sudah Tiba Masa Untuk Berubah – Tengku Jamidah


Dipetik dari Instagram beliau, Tengku Jamidah menggalakkan penanaman pokok gan.ja jenis hemp untuk perubatan dan perubahan ini harus dilakukan bagi menye.lamatkan berjuta nyawa.

Menurut Tengku Jamidah lagi rancangan ini harus dipantau dan dikawal selia oleh satu pertubuhan profesional, dan bincangkan langkah seterusnya bagi merealisasikan program tersebut.

 

Seperti yang saya katakan bertahun-tahun. Cipta satu badan dari golongan profesional dan bincangkan langkah yang perlu diambil untuk melaksakan program ini. MOH boleh beri kelulusan pengimportan dan pengagihan tanpa meminda akta da.dah ber.bahaya 1952 (DDA).”

Selain itu, Tengku Jamidah juga menekankan dengan penanaman pokok gan.ja jenis hemp ini ia bukan saja dapat menyelamatkan ramai nyawa malah banyak keuntungan boleh diperolehi hasil penanam pokok hemp ini.

Siapa yang akan menjayakan ini dan siapa yang akan menyokong agenda ini?

Semua rakyat Malaysia perlu menyuarakan sokongan sekarang. MP perlukan anda! Kanak-kanak perlukan anda! Tiba masanya unruk BERUBAH. Halalkan hemp dan perubatan ganja! Anda tidak rugi apa-apa, malah banyak manfaat dapat!”

Walaupun besar manfaatnya baik dari segi perubatan dan sumber ekonomi, tapi bolehkah kerajaan dan sektor kesihatan gunakan pokok gan.ja jenis hemp ini dengan telus. Dan jika penggunaan ganja dalam perubatan dibenarkan, banyak perkara harus di teliti.

Apa pandangan anda tentang isu perubatan ganja ini?

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*