Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut Cirit-Birit, Doktor Merawatnya Tergaman Dengan Penemuannya Dan Identiti Pekerja Tersebut

Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut Cirit-Birit, Doktor Merawatnya Tergaman Dengan Penemuannya Dan Identiti Pekerja Tersebut

Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut Cirit-Birit, Doktor Tergaman Dengan Penemuan Dan Identiti Pekerja Tersebut. Memang tidak dinafikan di negara kita ini memang terdapat ramai warganegara Bangladesh yang datang untuk mencari rezeki. Majoriti besar daripada mereka bekerja di kilang-kilang dan juga di construction site sebagai buruh-buruh kasar.Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut Cirit-Birit, Doktor Tergaman Dengan Penemuan Dan Identiti Pekerja Tersebut – sajagempak.comPermintaan terhadap pekerja luar dalam sektor pembinaan memang sangat tinggi disebabkan orang kita tidak ramai yang berminat dan mahu melakukan pekerjaan seperti ini. Walaupun mereka kelihatan comot, berpakaian compang-camping ataupun badan berbau dan sebagainya, namun sebenarnya setiap daripada pekerja ini mempunyai kisah mereka yang tersendiri seperti yang dikongsikan oleh seorang doktor ini.

Dr Goh Aik Ping, seorang doktor dari JB berkongsi satu pengalaman menarik di FB mengenai seorang pesakit warga Bangladesh yang dirawatnya tempoh hari

Dengan memakai pakaian yang lusuh, siap dengan kasut binaan berwarna kuning ala-ala ‘Phua Chu Kang’, penampilan warga Bangladesh itu memang menampakkan dirinya sebagai seorang buruh binaan.

Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut Cirit-Birit, Doktor Tergaman Dengan Penemuan Dan Identiti Pekerja Tersebut – sajagempak.com
*Gambar hiasan
Namun siapa sangka, sebenarnya dia amat mahir dalam terma perubatan moden.

Dr Goh menyedarinya apabila warga Bangladesh itu mampu menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan dalam istilah perubatan dengan tepat

“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut Cirit-Birit, Doktor Tergaman Dengan Penemuan Dan Identiti Pekerja Tersebut – sajagempak.com

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.

Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti Ciprofloxacin, Metronidazole dan Azithromycin, nama-nama kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.

“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya.

Akhirnya, identiti sebenar warga Bangladesh itu terjawab. Dia sebenarnya merupakan seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya. Malah, adiknya juga seorang doktor.

Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut Cirit-Birit, Doktor Tergaman Dengan Penemuan Dan
Keadaan Di Bangladesh

“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan Bangladesh ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana,” katanya.

Luluh hati Dr Goh mendengar penjelasan beliau. Dia sanggup meninggalkan bangsa dan kerjaya sebenarnya, kemudian datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh binaan, sanggup bekerja di bawah terik matahari dan terdedah kepada bahaya, semuanya kerana kehidupan di sini lebih baik.

“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja,” tulis Dr Goh lagi.

Keadaan negara Bangladesh yang teruk dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai penduduknya berhijrah.Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut Cirit-Birit, Doktor Tergaman Dengan Penemuan Dan Identiti Pekerja Tersebut – sajagempak.com

Apa yang terjadi kepada pesakitnya itu membuatkan dia tertanya-tanya bagaimanalah jika rakyat Malaysia berhadapan dengan situasi sama. Adakah kita akan survive?

Bagaimana agaknya nasib rakyat Malaysia jika negara sendiri berhadapan dengan ketidakstabilan politik. Adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, sanggup menjadi kuli dan buruh semata-mata untuk menikmati hidup yang lebih baik daripada negara sendiri?

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada dalam negara kita meskipun tidak dinafikan terdapat kekurangan. Mana ada negara yang sempurna di dunia ini kan.

Sumber: Dr. Goh Aik Ping via SAYS : sajagempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*