‘Mengejutkan Dia Telah Curi Barang Kemas Saya’ – Puteri Sarah B0ngkar Sifat Sebenar Lisdawati

‘Mengejutkan Dia Telah Curi Barang Kemas Saya’ – Puteri Sarah B0ngkar Sifat Sebenar Lisdawati

” Saya terpanggil mahu suarakan hal ini kerana keberaniannya dengan pengakuan itu..”

Itu kata-kata pelakon Puteri Sarah, 36, yang memohon Jabatan Imigresen menyenarai hitam bekas pembantu rumahnya dikenali sebagai Lisdawati yang berhajat memasuki negara ini secara haram.

Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia terkjut apabila Lisdawati dengan yakin memberitahunya mampu menyelinap ke Malaysia dengan bntuan pihak tertentu.

” Tolak tepi mengenai perkara burvk dilakukannya pada saya sebelum ini, tapi niat dia mahu ikut ‘jalan belakang’ ke negara ini memang memb1mbangkan.

” Dia (Lisdawati) kini berada di Indonesia dan permit kerjanya di Malaysia sudah tamat tempoh.

” Dia juga ada menyatakan bahawa dia terpaksa menjaga keluarganya yang dij4ngkiti COVlD-I9 di kampung halamannya.

” Jadi, saya risau apabila bukan saja dia nak masuk secara har4m, tapi dengan v1rus sekali dibawanya.

” Saya mohon sangat pihak berkuasa memantau hal ini dan mengesan aktiviti kemasukan har4m sebegitu,” katanya yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusuf.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, Lisdawati yang bekerja dengannya selama dua tahun sempat berbuat onar dengannya sebelum pulang ke Indonesia, baru-baru ini.

 

Bukan setakat menyusahkan Puteri Sarah membeli tiket penerbangan, malah bekas pembantu rumahnya itu turut memburvkkan namanya serta mencvri barang kemas miliknya.

” Sewaktu dia pulang ke kampung bulan lalu, saya terpaksa membelikan tiket penerbangan untuknya sebanyak dua kali.

” Ini kerana dia terlepas penerbangan pertama selepas ujian caIitan dibuatnya tidak lepas di lapangan terbang.

” Apabila tiba di Indonesia, saya mendapat tahu dia rupa-rupanya sempat memburvkkan saya depan kawan-kawan saya.

” Bahkan, dia turut mengatur keuntungan puluhan ribu Ringgit dengan menawarkan diri sebagai ejen membawa pembantu rumah dalam kalangan kenalan saya.

” Lebih mengejvtkan, dia turut mencvri barang-barang kemas milik saya. Itu pun saya dapat tahu daripada rakan Lisdawati yang mended4hkan dia akan mendapat wang besar selepas menggadainya di Indonesia,” katanya.

Pelakon filem Tipah Tertipu ini juga mengakui kes ini bukan yang pertama dialaminya apabila pembantu rumahnya melarikan diri.

Bagaimanapun, dia terkilan kerana perbuatan Lisdawati adalah paling tervk.

” Selama dua tahun bekerja dengan saya, dia seorang pembantu yang sangat baik. Bahkan, saya menjaganya dengan baik, bagi keperluan cukup dan sentiasa berikan dia pelepasan untuk pulang kampung.

” Tak sangka rupa-rupanya sifat sebenar dia terbongkar baru-baru ini. Dia juga enggan kembali ke sini selepas saya menyuruhnya berbuat demikian kerana mahu tolong perbaharui permit kerjanya yang tamat tempoh,” katanya.

Terdahulu, pelakon itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram Stories. Dia turut memuat naik gambar pasport wanita berkenaan.

Sekilas info Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor.

Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik, memiliki kelulusan Degree Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Puteri Sarah pernah menjadi peragawati iklan bagi DiGi, F&N, AG2000 dan Nivea. Beliau juga merupakan duta produk Silky Girl dan Pernah berlakon dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul dan Sumayyah.

Sebelum ini, kisah rumh tngga Puteri Sarah dan Syamsul kecoh diperkatakan apabila pasangan sudah hampir tiga bulan tidak tinggal sebumbung.

Bagaimanapun sekitar Januari lalu, mereka berdua tampil menjelaskan hbngan mereka sudah kembali pulih.

 

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*