Lucint@ Lun@ ingin kembali mejadi Mohd Fatah, menyesal ubah jantina asal – “Cukuplah… saya takut dosa dan dilaknat”

PENYANYI dangdut terkenal Indonesia, Lucint@ Lun@ mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan imej lebih maskulin dalam sesi temubual di laman YouTube Boy William, baru-baru ini.

Penampilan Lucinta atau nama sebenar Muhammad Fatah dengan mengenakan pakaian lelaki cukup berbeza dengan imejnya sebelum ini yang diketahui feminin dan anggun.

Dalam program itu, Lucinta meluahkan isi hatinya sepanjang tiga tahun menjadi seorang transgender di negara republik itu.

Lucinta berkata dia menyesal menukar jantina dan mengakui diselubungi rasa takut sepanjang tiga tahun menjadi ‘wanita’.

“Saya tak happy (jadi Lucinta Luna). Saya jadi takut, takut dengan dosa.

TONTON VIDEO PENGAKUAN LUCINTA LUNA INI!

“Bahkan selepas (jadi perempuan secara fizikal), saya bangun tidur dan melihat bahagian badan… rasa macam kenapa berbeza. Dulu masa saya masih kecil bentuknya tidak begini.

“Ya Allah, boleh tak saya balik lagi begitu?” ceritanya.

lirik lagu bobo dimana aliff syukri nur sajat dan lucinta luna 1

Sementara itu, Lucinta yang pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana ini mengakui sudah puas meraih populariti atas tindakannya sebelum ini.

Dia juga mengakui sudah penat berdepan dengan pelbagai kontroversi sepanjang tiga tahun membawa nama Lucint@ Lun@.

“Ya istilahnya sudah cukup la ya selama tiga tahun ini, dari tahun 2018 sudah cukup dapat untung dari situ.

“Ya saya percaya satu hari nanti pasti kembali (kontroversi) lagi, tapi saya penat sahaja. Terima kasih kerana mendengar cerita saya,” ujarnya.

Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama Islam.

Sumber: m.star

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*