11 Bulan Menabung Hasil Berniaga, Lelaki Kongsi Jumlah Simpana Membuatkan Netizen Terkejut !

Siapa yang berusaha, dia akan mendapat. Itulah pepatah yang sesuai dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menyimpan wang hasil perniagaannya sehingga tabungannya mencecah sekitar 167 juta rupiah (anggaran RM48,904).

Memetik CNN Indonesia, peniaga makanan bergoreng di Bulukumba, Sulawesi Selatan bernama Eril itu mendakwa telah menyimpan wang keuntungan berniaga sejak Oktober 2020 yang lalu.

Tambah portal itu, lelaki berkenaan berjaya menghasilkan keuntungan sekitar Rp8 juta hingga 10 juta (sekitar RM2,342 sehingga RM2,928) dengan untung bersih Rp1.5 juta sehari (sekitar RM439).


Hasil sisihan keuntungan daripada warung gorengannya, Eril berjaya memperoleh simpanan sekitar RM48,904 selepas membuka tabungnya pada September baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan pemuda itu di laman TikTok, dia bersama ibu bapanya mengira wang tabungan yang disimpan di dalam tong di rumah mereka.


Kelihatan pemuda itu sempat menangis gembira atas kejayaan menyimpan wang tersebut dalam tempoh 11 bulan sahaja.

 

Sumber : siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*