Gadis dari Sarawak, ini info menarik mengenai isteri baru Fizo Omar

KUALA LUMPUR: Spekulasi Fizo Omar kembali bergelar suami menjadi bualan hangat apabila wujud akaun Instagram (IG) menggunakan gambar pelakon itu bersama anaknya, Wan Maryam Wan Hafizol sebagai gambar profil.

Bukan sahaja memuat naik gambar dua beranak itu, malah, akaun yang menggunakan nama FFazz itu turut berkongsi gambar wanita bertudung yang didakwa isteri Fizo sedang ditatarias berserta keterangan gambar ‘syukur’ dan emoji cincin.

Manakala, gambar lain yang dimuat naik 10 jam lalu memaparkan seorang lelaki dipercayai Fizo sedang menyarungkan cincin di jari wanita berkenaan berserta keterangan ‘Alhamdulillah’. Akaun berkenaan turut mengikuti akaun rasmi, Fizo Omar.

Terdahulu, tindakan pelakon Adellea Sofea itu memuat naik gambar lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya dan keterangan gambar dalam IG seolah-olah mengesahkan desas-desus melangsungkan majlis pernikahan, semalam.

“Ok Abe Joe left group recond dulu ok. Apa-apa roger ok,” tulis Fizo menerusi hantaran menerusi IG Story, semalam.

Menerusi hantaran itu, Fizo turut memetik nama tiga rakan artis yang masih berstatus duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

Bekas Paramugari

Berdasarkan komen dalam IG, wanita yang didakwa menjadi suri hati Fizo itu dikenali sebagai Fazeera Nazri Aziz yang juga bekas pramugari dan berasal dari Sarawak.

Meskipun kisah pernikahan menjadi bahan bualan warga maya, namun hingga hari ini, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar terus mengunci mulut berhubung rahsia pernikahannya itu.

Malah, usaha mendapatkan penjelasan aktor kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu juga gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab dan mesej dihantar tidak dibalas.

Gambar dimuat naik dalam akaun IG baharu memaparkan seorang lelaki dipercayai Fizo sedang menyarungkan cincin di jari wanita berserta keterangan ‘Alhamdulillah’. – Foto IG Fazeeranazriaz

Sama cantik, sama padan

Gambar dimuat naik dalam akaun IG baharu memaparkan seorang lelaki dipercayai Fizo sedang menyarungkan cincin di jari wanita berserta keterangan ‘Alhamdulillah’.

Sejak memuatkan naik kira-kira 15 jam lalu, hantaran itu mendapat lebih 75 ribu tanda suka dan dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut termasuk rakan selebriti.

Walaupun terkejut dan tertanya-tanya siapakah wanita yang bertuah itu, namun rata-rata mendoakan agar perkahwinan kedua Fizo kekal hingga ke akhir hayat.

Namun, gambar Fizo dan isteri saling berpandangan atas pelamin yang dimuat naik dalam IG HLive, sebentar tadi bagaikan mengesahkan pelakon filem Cinderella dan Isyarat Cinta itu sudah sah bergelar suami isteri.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai 2019.

Terdahulu..

Tular foto dikatakan isteri Fizo Omar, memang cantik

Kuala Lumpur: Akaun Instagram @fazeeranazriaz yang turut menggunakan gambar profil pelakon Fizo Omar, 36, berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam, 4, menarik perhatian warganet.

Menariknya, gambar profil itu sama seperti yang dimuat naik Fizo di Instagram, semalam.

Malah, akaun yang baru diwujudkan itu turut memuat naik dua hantaran gambar wanita berbusana perkahwinan warna putih dengan inai jari.

Gambar pertama yang dimuat naik lima jam lalu itu memaparkan seorang lelaki sedang menyarungkan cincin di jari wanita berkenaan beserta keterangan ‘Alhamdulillah’.

Gambar kedua pula memaparkan gambar wanita yang didakwa isteri Fizo itu sedang disiapkan beserta keterangan ‘syukur’ dan emoji cincin.

Akaun yang menggunakan nama Fizo Faz itu turut mengikuti akan rasmi Fizo Omar.

Terdahulu, tindakan pelakon, Fizo Omar, memuat naik gambar dia lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahkan desas-desus dia sudah melangsungkan pernikahan, malam tadi.

Fizo yang memuat naik gambar itu di Instagram turut meletakkan keterangan pada gambar, ‘Ok abe Joe (abang Fizo) left group recond (tinggalkan kumpulan ‘terpakai’) dulu ok. Apa-apa roger ok.’

Berdasarkan komen di Instagram, Fizo dikatakan bernikah dengan wanita yang juga bekas pramugari dari Sarawak dan majlis pernikahan dipercayai berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Sementara itu, ruangan komen perkongsian berkenaan turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan artis yang tumpang gembira dengan berita baik itu.

 

Sumber: trendingkini.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*