Allahuakbar!! Demi mencari sesuap nasik, Pak Cik berusia 78 tahun masih kuat untuk mencari REZEKI dengan hanya Menjoal Sayur.

Usia Menjangkau 78 Tahun Masih Keluar Mencari Rezeki, Pakcik Jual Sayur Buat Ramai Tersentuh H@ti dan sedih. Sepatotnya umur 78 tahun perlu rehat dirumah.

Usia yang menjangkau 78 tahun sepatutnya perlu berehat menghabiskan sisa hidup di rumah, tetapi lain pula kisah seorang lelaki warga emas yang dipanggil Mbah Dalimin ini.

Demi kelangsungan hidup, pokcik tersebut duduk menunggu pelanggan dengan menjual sayur kangkung tepi jalan di sebuah daerah yang terletak di Kota Surakarta, Jawa Tengah.

Aksi jualan Mbah Dalimin dirakam seorang pengguna laman Instagram, Mas Ahmad Thoric yang memuat naik beberapa keping gambar sehingga meraih perhatian warganet Indonesia beberapa masa yang lalu.

Menurut Mas Ahmad, pokcik itu akan mula menjual sekitar jam 6 pagi malah gemar bersembang bersama pelanggan terutama mengenai zaman pemerintahan Jepun dahulu.

Walau bagaimanapun, pemuda berkenaan berkata Mbah Dalimin mengalami masalah pendengaran oleh kerana seiring dengan peningkatan usia dimana setiap pertanyaan perlu ditulis melalui buku.

Mengakhiri kapsyen posting itu, dia menyeru orang ramai yang tinggal di kawasan berdekatan agar dapat membantu Mbah Dalimin dengan membeli jualan sayur sekiranya mempunyai rezeki yang lebih.

Rata-rata warganet tersentuh hati melihat gambar tersebut selain mendoakan Mbah Dalimin sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan.

Apa-apa pon kita doakan semoga rezeki pokcik ni dan pembaca dipermudahkan. AMIN.

Sumber : Mas Ahmad Thoric via imuslimnetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*