Sedang Leka didapur, Kanak-kanak berusia 5 Tahun koma dipatuk ular tedung senduk BerbIsa

PENDANG: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun koma selepas kaki kanannya dipatuk seekor ular tedung senduk ketika berada di dapur rumah neneknya di Paya Kerchut, di sini semalam.

Kanak-kanak itu, Adam Khairi Naufal Abdul Wahab, 5, tidak sedarkan selepas dipatuk oleh ular berbisa itu pada pukul 2.30 petang.

Ibu mangsa, Nur Farhana Abu Bakar berkata, dia pada awalnya menyangka Adam Khairi Naufal menjerit kerana terlanggar sesuatu di dapur rumah tersebut.

Ular Tedung Senduk Abu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila terdapat kesan gigit ular di kaki kanannya.

“Adam Khairi Naufal ke dapur untuk mengambil makanan sebelum dipatuk ular tedung selar tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nur Farhana memberitahu, dia kemudian mengangkat Adam Khairi Naufal sebelum membawa anaknya itu ke sebuah klinik berdekatan di sini.

“Pada masa ini, Adam Khairi Naufal belum sedarkan diri dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Sumber : Utusan Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*