Tidak ambil V/\kSIN, tidak akan menerima bayaran GAJI sekiranya Ambil MC

GAZA: Pegawai kerajaan di Gaza yang tidak disuntik vaksin C0VID-19, tidak akan menerima bayaran gaji apabila mengambil cuti sakit (MC).

Ketua Pejabat Media Hamas, Salama Maruf berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan setiap pekerja mematuhi peraturan v@ksinasi.

“Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pekerja yang tidak mematuhi peraturan berkaitan vaksinasi,” katanya, semalam.

Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza sejak tahun 2007, bergelut dalam usaha mereka memberi vaksin kepada dua juta penduduk Palestin.

Seorang petugas kesehatan bersiap untuk memberi vaksin Covid-19 pada mantan menteri kesehatan Palestina Jawad Tibi di Kota Gaza, Palestina (22/2/2021). - Antara/Reuters

Sebanyak 168,OOO kes COVID-19 dicatat di Gaza yang turut merekodkan 1,375 kematian.

Sementara itu, peraturan hampir serupa turut dilaksanakan terhadap kakitangan kerajaan yang tidak divaksin di Tebing Barat, kawasan ditadbir Pihak Berkuasa Palestin beberapa minggu lalu.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh berkata, hampir kebanyakan jangkitan di Tebing Barat adalah dalam kalangan mereka yang tidak divaksin.

Di Tebing Barat yang dikuasai tentera Israel, lebih 234,000 kes COVID19 direkodkan dan hampir 2,7OO penduduk mati akibat virus berkenaan.

Namun, lebih 596,000 penduduk di Tebing Barat sudah menerima dua dos suntikan COVID-19. – AFP

 

Sumber: BHonline

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*