“sejuk mata memandang” “sejuk mata memandang” Ramai memuji bila Shuib kongsi anak sulung tolong dodoikan adik bongsu

Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarhamah Siti Sarah, Uwais Al Qarni mencri perhatian wargannaya apabila setia menjaga adik bongsunya, Ayash Affan.

Menurut Shuib atau nama sabenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang Sangat bertanggungjawab. Menerusi laman s0sial lnstagram, Shuib berkongsi video momen ‘sweet’ dua beradik tersebut untuk tatapan umum.

“Allahuakbar, syukur di atas segala kurniaan mu ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi Iebih satu minit itu, Uwais dilihat menepuk-nepuk belakang badan adiknya yang menangis. Uwais yang memakai kopiah pula kelihatan nnalu-nnalu sewaktu momennya dirakam, terus memujuk adiknya yang merengek.

VIDEO

https://www.instagram.com/p/CUTW3dfh8XW/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

 

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap tindakan Uwais selaku anak sulung yang membantu menjaga adiknya.

Malah, ramai yang tersentuh melihat wajah Uwais saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Allahyarhamah Siti Sarah.

Reaksi warganet

“Anak sulung yang boleh diharap. Moga-moga dia menjadi anak soleh yang berguna pada masyarakat dan agama. Sejuk mata memandang muka dia, sebiji mak dia,” komen seorang wargamaya.

“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak.

Hidup mesti diteruskan,” kata seorang wargamaya.

“Allah, semoga anak-anak semua menjadi anak dunia akhirat. Anak yang mampu membantu family, jiran. Amin,” ujar seorang wargamaya.

“Adik nangis nak susu, abang malu-malu. Abang anak yang baik, macam arwah ibunya. Semua anak-anak Shuib Sepahtu menjadi anak yang baik soleh dan solehah,” puji seorang wargamaya.

“Penyayang macam ibu ye Uwais. Ramai sayang Uwais,” tulis seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, pandai abang jaga adik. Sejuk mata tengok muka Uwais,” luah seorang wargannaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan daripada pengikutnya.

Terdahulu..

Akhirnya dapat bersemuka dengan adik baru mereka Ayash Affan , anak-anak Shuib luah rasa teruja

Pelawak terkenal, Shuib sebelum ini, memaklumkan dia akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di hospital.

Difahamkan, pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama anak beranak ini dan Shuib menjelaskan anak bongsunya mempunyai iras seperti wajahnya.

‘Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka’

Terbaru, menerusi posting yang dimuat naik di Instagram Allahyarham Siti Sarah, memaparkan momen pertemuan empat beradik ini.

Difahamkan, anak kepada pasangan ini iaitu Uwais, Talita, dan Matin begitu ‘teruja’ akan kehadiran adik bongsu mereka dan kerap bertanyakan akan keadaan Ayash Affan ketika dia berada di hospital.

Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari-hari tanya pasal Ayash.

Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawa balik Ayash.

Pada masa yang sama, pengendali akaun Instagram Allahyarham Siti Sarah, turut mengucapakan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menitipkan doa buat keluarga ini.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah.

Video penuh:

https://www.instagram.com/p/CTzJXynB-aB/?utm_source=ig_embed&ig_rid=773172f5-c813-4f80-aa7b-0371d02104f1

 

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu, selepas ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus C0vid19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Sumber: Gempak | Siti Sarah Raisuddin Via OB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*