“Kesian orang tingkat bawah” – Penduduk PPR Buang Sampah Daripada Tingkat Atas Sehingga Naik Bau Busuk

Pengotor dan tiada kesedaran sivik! Itu sahaja ungkapan yang boleh menggambarkan beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah merata-rata.


Menurut post yang dimuat naik oleh Musa Tarmizi di laman Facebook, dia berkongsikan gambar keadaan semasa di sebuah kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang penuh dengan sampah di tingkat bawah, disyaki dibuang oleh mereka yang tinggal di tingkat atas.

“Kepale bana la…ksian pda org kat tingkat bwah..rumah stiap masa bau smpah dri org yg tidak bertangungjwab…buang la sampah kat tempat yg betul..cuba la bijak sikit..otak jgn letak kat lutut…PPR GOMBAK SETIA 41….”

Malaysia sudah memasuki tahun 2020, mentaliti rendah seperti ini tidak sepatutnya wujud lagi dalam kalangan rakyat negara ini. Cuba bayangkan penyakit apa pula yang boleh muncul daripada sampah-sampah tersebut?

Post Musa Tarmizi ini turut mendapat reaksi marah netizen yang juga berang dengan tindakan sesetengah individu

 

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*